Assalamualaikum..
yukur ya Rabbi, program Jaulah Johor KISWAH pada 8 dan 9 Jun yang lalu berlangsung dengan penuh meriah dan semangat kekeluargaan.
|
Bersama Tuan Guru Ustaz Halim Selamat Mudir Tahfiz Panti |
Kami bertolak pada Jumaat malam Sabtu dan sampai ke Kota Tinggi pada waktu sahur di Masjid Jame Kota Tinggi.
Kemudian berdiskusi di Tahfiz al Akbar Kg Panti Kota Tinggi. Buku yang digunakan adalah "Rahsia Air Jampi" keluaran KISWAH PUBLISHING HOUSE. Terima kasih kepada ahli keluarga KISWAH Kota Tinggi Ustaz Azhari Abidin, Ustaz Junaidi Sahlan dan Ustaz Mohd Zaki at Tijani.
|
Di KISWAH Kota Tinggi yang bakal dibuka; Taman Pasak Kota Tinggi |
Pada malamnya kami bertolak ke Indah Syariat Sg Abong, Muar dan menghadiri majlis pembacaan Ruqyah Syariyyah, Ratibul Haddad dan pengijazahan. Tuan rumah adalah Haji Abd Hafiz dan Kak Chik Sallizah yang merupakan keluarga KISWAH MUAR. Selepas itu sedikit majlis mawlidurrasul diadakan. Turut hadir adalah yang dimuliakan Tuan Guru Zainal Abidin dari Ribat Fath Segamat.
|
Bersama Tuan Guru Zainal Abidin Ribat Fath Segamat |
Pada pagi besoknya saya dijemput untuk menyampaikan kuliah Subuh bertajuk "Persediaan Ramadan".
|
Bersama AJK Masjid Jame Sg Abong Muar |
Kemuadian seisi rawatan ruqyah diadakan di Indah Syariat.
|
Minyak mayat 4 beradik, kulit kepala mayat dll |
|
Sesi Ruqyah |
|
Keluarga KISWAH Muar |
Kami berwida' dan kemudiannya ke Melaka untuk sedikit Jaulah dan menghantar anakanda Syarifuddin ke Batu Berendam. Kemudian kami bertolak pulang ke Temerloh dan sampai lebih kurang 1 pagi.
|
Jalan-jalan di Melaka |
Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!..
No comments:
Post a Comment