**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

11 June 2013

Jemputan Sambutan Nisfu Syaaban KISWAH 1434 23 Pada Jun 2013 Di KISWAH Temerloh



Assalamualaikum,

Terbuka kepada semua ahli NGO KISWAH dan semua muslimin dan muslimat. 

Sambutan Nisfu Syaaban pada 23 Jun 2013 Bersamaan Ahad Malam Isnin.

Amalan yang diajar oleh guru kami untuk sambutan Nisfu Syaaban di dalam Kitab Futuhat Haqqaniyyah

ADAB MALAM NISFU SYAABAN

Selepas Solat Maghrib

Adab dan awrad Maghrib

Bacaan Yaasin 3 kali: 

a) Bacaan pertama dengan niat panjang umur dalam Islam dan Iman

b) Niat kedua dengan niat terangkat bala dari diri, keluarga dan ummah muhammadiyyah

c) Niat ketiga dengan niat murah rezeki dan akhirnya tidak meminta2 dari manusia. Setiap kali membaca Yaasin dibacakan doa nisfu syaaban
dan kemudian membacakan doa2 yang ma'thur dari guru2 tercinta

Solat Isyak 

Khatam Khawajakan

Solat Tasabih 4 rakaat

Solat Sunat Syukur 2 rakaat

Kemudian solatlah tahajjud 100 rakaat kalau mampu. 
Rakaat pertama baca al Ikhlas 3 kali selepas al Fatihah
Rakaat kedua al Ikhlas 1 kali selepas al Fatihah

Puasa pada siang harinya

Sembelih dua korban sebagai satu pengorbanan darimu dan ahli keluargamu. Agihlah kepada fakir miskin

Selamat Beramal..

* Posting ini khususnya kepada sahabat2 zawiyah dan umumnya kepada pembaca semua..

Allahu Haq!!! Hidayah Seluruh Alam!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...