**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

31 January 2018

Mimpi Mayat, Ular, Jatuh Tempat Tinggi Tanda Gangguan Sihir. Kelebihan Ayatul Kursiy.




"Pesakit selalu bermimpi mayat yang menyeramkan. Jatuh tempat tinggi sehingga jentait. Mimpi ular dan bayi. Kemudian selalu berdebar, gangguan ketika solat. Akhirnya mengalami gangguan jiwa dan bisikan mensyirikkan Allah yg menyebabkannya sering rungsing. Apabila dibacakan ruqyah terus termuntah2...

Kepada anda yg mengalami masalah sebegini eloklah datang berubat dgn rawatan Islam berteraskan 100% ruqyah syariyyah.

Ruqyah itu Rawatan Islam.

KELEBIHAN AYATUL KURSIY 255 SURAH al-BAQARAH.

Diriwayatkan oleh Ibnu Dhurais dalam Fadhail al-Quran.
5. مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ إِلَّا أَنْ يَمُوتَ
"Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas solat lima waktu tidak ada yang menghalangnya daripada masuk ke syurga kecuali kematian.”

Diriwayatkan oleh al-Nasai’e dalam Sunan al-Kubra dan ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah, al-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir, Mu’jam al-Ausath, al-Du’a, Musnad al-Syamain, Ibnu al-Sunni dalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah dan lain-lain daripada Abi Umamah al-Bahili.

Kata al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Bulugh al-Maram: “Diriwayatkan oleh al-Nasa’ie dan Ibnu Hibban mensahihkannya.”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...