**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

25 October 2011

Jaulah dan Rehlah Kuantan Bersama Anak Buah Tersayang

Assalamualaikum semua...

Pada hari khamis - sabtu yang lalu bersamaan 20 -22 okt yang lalu... Kami keluarga KISWAH telah ke Kuantan untuk berehlah di sana..
Saya bersama keluarga dan mentua ke Kuantan atas urusan keluarga. Saya mengambil kesempatan ini untuk membawa anak2 buah kesayangan berehlah di sana...

Tujuan saya membawa anak2 buah ke sanatak lain dan tak bukan adalah untuk mengeratkan lagi tautan ukhuwwah antara saya dan anak2 buah kesayangan dan ukhuwwah sesama mereka... Moga2 mereka mempunyai untaian kenangan yang indah ketika bersama saya dan keluarga di Teratak Kecil KISWAH ini... Insya Allah...


Kami sempat ke Maahad Tahfiz Kuantan untuk sama2 berqasidah selepas Solat Asar dengan pelajar2 di sana...

Selepas itu kami sempat ke Pantai Sepat bersama Akh Anas...


Pada malamnya kami menuju ke KIPSAS untuk bertemu keluarga KISWAH di sana Akh Wan Amirul Syafiq.. Saya 'meninggalkan' anak2 buah di sana untuk bermalam...

Keesokan harinya kami ke Masjid Negeri untuk berjual di sana. Pada petangnya kami ke Pantai Sepat dan pada malamnya kami ke Ana Petai Tanjung Lumpur untuk bersama2 Cikgu Adib sekeluarga untuk sedikit majlis menyambut hari lahir Bidadari Tercinta dan anak yang disayangi; Abdullah Faiz....



Keesokan harinya kami balik ke Temerloh dengan perasaan yang gumbira walaupun badan terasa letih....

Ukhuwwah Fillah Abadan Abadaa.....

24 October 2011

Al Fatihah kepada Sheikh Dr Muhd Judah Abu Yazid al Mahdi

 
Al Fatihah Kepada al Marhum Sheikh Judah
Assalamualaikum semua...
Beberapa hari yang lalu, tanggal 20 oktober, Dr Judah Muhd Abu Yazid al-Mahdi yang merupakan antara guru2 kami di Tanta Ardul Badawi, Mesir, meninggal dunia.Sama2 sedekahkan al-Fatihah dan moga beliau digolongkan di kalangan Siddiqin...
Kenangan mempelajari Tafsir di Jami' al Badawi Tanta selepas Solat Jumaat setiap minggu sekitar tahun 2005 masih segar di ingatanku...Alhamdulillah hamba yang hina dina ini diberi peluang oleh Allah Taala untuk hadir kelas tafsir pembukaannya di Masjid Badawi yang terletak makamnya Sidi Ahmad al Badawi..
Kenangan bersama Sheikh apabila mengucup wajahnya yang mulia masih terngiang2 di hati ini.. Walaupun belajar dengan Sheikh tidaklah lama tapi pemergiannya tetap terasa....
Antara sahabat saya tekun berguru dengan beliau adalah Ustaz Amir Azmi.. Blognya: Ibnu Azmi.
Al Fatihah buatmu Ya Sheikh...
 SYEIKH AT-THORIQAT AN-NAQSYABANDIAH AL-KHOLIDIAH AL-JUDIAH
PETIKAN DARI : BLOG PONDOK HABIB

Semalam, Khamis telah pulang ke rahmatullah seorang ulama besar al-Azhar, Syeikhuna al-‘Arif biLah Prof. Dr. Judah bin Muhammad Abu al-Yazid al-Mahdi al-Husaini. Beliau adalah guru kami ketika belajar di Universiti al-Azhar cawangan Tanta, Mesir dahulu. Beliau juga adalah guru sahabat kami, al-Fadhil Syeikh Muhammad Fuad al-Maliki. Dr. Judah adalah seorang pakar dalam bidang tafsir dan ilmu al-Quran. Beliau adalah dekan pertama Fakulti al-Quran, Universiti al-Azhar ketika awal penubuhannya.



Beliau juga adalah syeikh tariqat yang terkenal di Tanta, Mesir, iaitu Tariqat Naqsyabandiyyah al-Khalidiyyah al-Judiyyah. Majlis zikir dan Dala’il al-Khairatnya diadakan setiap hari Jumaat di dalam Masjid Sayyidi Ahmad al-Badawi, bersebelahan dengan makam wali besar tersebut. Al-faqir beberapa kali menghadirinya dan mengambil bai’ah tabarruk dengan beliau. Keasyikan beliau dengan Sayyidi Ahmad al-Badawi begitu dalam sehingga menghasilkan hubungan kerohanian yang amat erat.



Datuknya sebelah ibu, Syeikh Judah bin Ibrahim al-Naqsyabandi (w. 1928) (lihat sedikit manaqibnya) adalah khalifah kepada imam naqsyabandi yang terkenal, iaitu al-Muhaddith Syeikh Ahmad Dhiya’uddin al-Kumusykhanawi, pengarang Ramuz al-Ahadith. Namun, Dr. Judah tidak sempat mengambil bai’ah dengan datuknya itu, beliau hanya mengambil bai’ah dari anaknya, iaitu pakcik beliau Syeikh ‘Isa bin Judah al-Naqsyabandi.

Dr. Judah merupakan seorang alim sufi yang jarang ditemukan tolok bandingnya. Karya-karyanya banyak diresapi sentuhan kerohanian yang kuat, termasuklah kitab muqarrar tafsir al-Qurannya (ضياء الفرقان) yang diajarkan kepada para pelajar kuliah.



Beliau dilahirkan pada tahun 1944 di al-’Aziziyyah, Muhafazah al-Syarqiyyah iaitu tempat kelahiran al-’Allamah al-’Azizi pensyarah kitab al-Jami’ al-Saghir yang terkenal. Beliau pernah belajar di al-Ma’had al-Ahmadi, Tanta dan menimba ilmu dari guru-gurunya, terutama dari Mawlana al-Imam Syeikh Muhammad Khalil al-Khatib. Beliau membesar dalam mazhab Syafi’i dan akidah ’Asy’ari.



Beliau kemudian berpindah ke peringkat universiti dan memasuki Fakulti Usuluddin di al-Azhar. Beliau pernah belajar dengan Syeikhul-Azhar Imam Syeikh ’Abdul Halim Mahmud. Beliau kemudian meneruskan pengajian sehingga ke peringkat master dan Ph.D dengan judul tesisnya: (منهج الإمام أبي الحسن الواحدي في التفسير).



Apabila Universiti al-Azhar cawangan Tanta dibuka beliau telah berpindah ke Tanta dan terus menetap di situ sehinggalah ke akhir hayatnya. Dr. Judah sangat jarang meninggalkan ibadah umrah dalam bulan Ramadhan setiap tahun dan menziarah makam baginda Rasulullah SAW. Beliau juga bermusafir ke Kaherah hampir setiap minggu menziarahi makam-makam Ahlul Bait dan juga menyampai pengajian di Akademi Sufiyyah, al-’Asyirah al-Muhammadiyyah.


Ramai pelajar Malaysia yang telah berbai’ah dengan beliau. Khalifah Dr. Judah di Malaysia ialah Ustaz Hj. Zamzuri Harun.



Hingga kini, beliau telah menghasilkan lebih dari 20 buah karya. Antaranya:


1- بحار الولاية المحمدية في مناقب أعلام الصوفية() (muat turun)

2- (الاتجاه الصوفي في تفسير القرآن الكريم)

3- Tahkik kitab (تذكرة أولي الألباب في مناقب الشعراني سيدي عبد الوهاب)

4- (سيدي أحمد البدوي)

5- (مبادئ التفسير الإشاري تطبيقاً على سورة ياسين)

6- (الإيمان والتقوى في القرآن الكريم)

7- (فضائل القرآن الكريم)

8- (موسوعة آل البيت)

9- (النفحات الجودية في الطريقة النقشبندية)

10- (الرابطة عند النقشبندية)

11- (مسألة وصول ثواب القرآن وجواز إهدائه للموتى)

12- (التصوف روح الإسلام)

13- (علوم القرآن)

14- (أصولُ التَّصوفِ في القرآن الكريم والسُّنَّةِ المحمَّديَّةِ) (muat turun)

15- (هدي النيرين)

16- Lain-lain.





Rujukan:



Al FATIHAH KEPADA AL MARHUM...

21 October 2011

Kelas Tafaqquh Perubatan Islam Esok di KISWAH dan Jumpa Kami Di Gerai Karnival Belia Muslim; Ahad 23 OKT

Mari Semarakkan Ukhuwwah dan Mahabbah

 PROGRAM 1: Majlis Pengajian Perubatan Islam

Assalamualaikum semua pembaca yang budiman khususnya ahli Jemaah Usrah Ruqyah Syariyyah Seluruh Negara...

Sukacita dan dengan rendah hatinya saya maklumkan bahawa satu kelas rawatan Islam ruqyah syariyyah akan diadakan:

22 Oktober 2011 bersamaan Sabtu Malam Ahad

Di Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah

No 16 Tingkat Dua Jalan Ahmad Shah Temerloh Pahang..

Sila hadirkan diri untuk solat Maghrib berjemaah...

Sila comfirmkan kedatangan anda dgn sms kepada saya: 017 9065131.. untuk bajet


Tentatif:

Solat Maghrib Berjemaah

Kelas Tafaqquh selepas Maghrib

Solat Isyak berjemaah

Maulid dan bersolawat...

Jamuan ringan


Kehadiran kalian semua khusunya Ahli-ahli Jemaah Usrah Ruqyah Syariyyah di seluruh negara adalah dialu-alukan....

Sekian dimaklumkan...

Wasslam..

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam... Sebarkan CINTA...

Yang benar,
Ustaz Hayat an Naqshbandi - 14 Okt 11

PROGRAM 2: GERAI RAWATAN ISLAM KISWAH, KARNIVAL BELIA MUSLIM TEMERLOH

Assalamualaikum semua,

Dimaklumkan bahawa KISWAH akan membuka gerai rawatan di:

KARNIVAL BELIA MUSLIM

DATARAN TOK GAJAH TEMERLOH

23hb OKT 2011 - Bersamaan Ahad ini!

7.30 pg - 11.30 malam 

Aktiviti:
Rawatan ringkas melalui bacaan ruqyah kepada pesakit (mengesan ada gangguan atau tidak)
Jualan barang2 sunnah dan koleksi produk2 anti sihir
Khidmat nasihat dan pertanyaan
Khidmat bacaan ruqyah kepada air; untuk rawatan penyakit melalui air jampi

Insya Allah. Jumpa Anda Di Sana!!!!


Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

20 October 2011

Pembinaan Partition Pejabat dan Bilik di Pusat Rawatan KISWAH





Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah dengan izinNYA jua, akhirnya cita2 kami untuk membuat sebuah bilik khas untuk pejabat dan bilik pembantu KISWAH menjadi kenyataan.

Sebagai pusat rawatan yang kurang ternama, masih kerdil dan berpendapatan sangat sederhana, pembinaan yang menelan belanja beribu2 RM ini amat bermakna buat saya khususnya...

Bukanlah niat kami untuk menunjuk2, tiada apa yang hendak ditunjuk2kan kepada semua lantaran bagi yang lain pembinaan sebegini 'tidaklah seberapa' buat kebanyakan anda...

Terima kasih kepada Bidadari Tercinta yang menjadi mastermind sehingga 'impian yang kita bersama pendam' sejak dua tahun dahulu menjadi kenyataan...

Paparan ini sekadar untuk menunjukkan perkembangan KISWAH yang terbaru khususnya buat semua anak2 usrah KISWAH seluruh negara.

Cuma,

Diharap dengan pembinaan partition ini menambahkan lagi semangat warga KISWAH untuk terus berusaha memberi khidmat rawatan ruqyah kepada masyarakat Pahang khususnya dan Malaysia umumnya...

Di sini, saya mengambil kesempatan agar semua pembantu2 saya yang disayangi bertambah motivasi dan bersatu hati sama2 berjuang untuk memartabatkan perubatan Islam berasaskan ruqyah menggunakan al Quran dan pemakanan Sunnah di negara ini.

Saya juga bermohon agar semua pencinta perubatan ruqyah syariyyah mendoakan kejayaan KISWAH dunia akhirat dan semoga Allah memurnikan hati kami ikhlas berjihad di jalannya dengan keberkatan Rasul saw dan para anbiya' serta awliya' khususnya mursyid tercinta...

Semoga dengan kemurniaan niat dan hasrat tersebut menjanjikan 'nusrah' pertolongan serta Mahabbatullah kepada insan2 lemah, hina, terpalit dosa dan tidak berguna ini...

...Dalam masa yang sama semoga langkah2 awal ini layak menjadi inspirasi buat kami warga KISWAH untuk membina pusat rawatan sendiri dan surau dan pusat rawatan KISWAH suatu hari nanti sebelum diri dipanggil Ilahi.. Insya Allah....

Allahu Haq!!! Hidayah Seluruh Alam!

19 October 2011

Khasiat Sabun Garam Bukit Ruqyah

 
Dapatkan Sabun Garam Bukit Anda Di Sini
 SUNNAH-SUNNAH BERKAITAN GARAM
 
Dari Abdullah Bin Umar

” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu beis, api ,air dan garam”

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .

Dari Anas Bin Malik, Nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .

Hadis riwayat Ibnu Majah

” Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam ”

Hadis riwayat Al – Bazzar

Sabun Garam Bukit Terapi Kristal

Sabun garam Bukit Tulen penuh dengan khasiat mineral semulajadi. Tekapkan muka atau badan anda dengan Sabun Garam Bukit Tulen untuk menyerlahkan kulit yang sihat. Sabun Garam Bukit Tulen ini juga boleh digunakan bagi:-

Mengeluarkan sel-sel kulit yang mati

Melembab dan melembutkan kulit

Mengurangkan kesan jerawat di muka

Merangsang kulit mengeluarkan sel-sel baru

Menambahkan vitamin semulajadi kepada kulit / menghalus dan menggebukan kulit

Menjadikan kulit nampak lebih sihat dan muda

Menghilangkan kegatalan

Jadikan Sabun Garam Bukit Tulen Terapi Kristal sebagai koleksi barangan penjagaan muka. gunakan Sabun Garam Bukit

Tulen bagi menambahkan kejelitaan secara senulajadi.

Untuk rawatan sakit sihir, santau, saka.. disapu di seluruh badan sebagai sapuan terakhir.. Terus pakai baju.

untuk resdung... Gosok di tangan dan di sapu di muka, leher, telinga, tengkok dsb...

KESEGARAN BADAN YANG BERPANJANGAN>..

Sakit2 badan, lenguh akibat sihir dan gangguan.. Sapu seluruh badan sebagai 'sapuan' dan 'salutan' terakhir. Jangan lap, terus pakai baju. 
 
Untuk mendapatkan sabun garam bukit ruqyah sila ke:
Dapatkan Sabun Garam Bukit Di Sini

16 October 2011

Khasiat Garam Bukit Dalam Perubatan Islam - lancar darah,masalah saraf - kebas, sihir/santau/saka, pagar rumah, masalah ketagihan, lemah badan,migrain, buang toksin, sakit lutut, gout dll




Dari Abdullah Bin Umar

” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu beis, api ,air dan garam”

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .

Dari Anas Bin Malik, Nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .

Hadis riwayat Ibnu Majah

” Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam ”

Hadis riwayat Al – Bazzar.



Garam Sunnah dan Pengamalannya.

* Ambil secubit garam sunnah mengikut panduan yang diberikan . Guna ibu jari dan jari teliunjuk, diikuti jari manis , jari kelingking dan jari telunjuk semula untuk mengambil secubit garam ( 4 X ). Kalau boleh jangan campur dengan orang lain . Kalau anda mencubit garam itu dari bekasnya . Ia khas untuk anda sahaja . Berkaitan dengan sistem penghadaman dan energy anda. Kalau perlu asingkan dari bekasnya. Amal sebelum dan selepas makan dapat hindari 330 jenis penyakit paling kurang , kusta , gila, sakit gigi, keracunan, sakit kepala ,melancarkan sistem penghadaman secara semulajadi dan selebihnya hanya ALLAH S.W.T yang mengetahui ( cara perubatan Rasulullah SA.W ).



Cara lain – Ambil satu sudu kecil teh garam sunnah cairkan dan minum dalam keadaan perut kosong . Kemudian minum air mineral sebanyak banyaknya 2 hingga 3 liter padu air sepanjang hari.


Kelebihan garam


Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.


Ternyata berkesan menghilangkan pelbagai penyakit.

Garam Bukit Tulen sebagai minuman Kesihatan

LARUTAN TEPU GARAM BUKIT TULEN (SOLE BRINE) TERAPI KRISTAL

Tubuh manusia memerlukan garam termasuk elemen-elemen kelumit. Meminum larutan garam dari hablur garam bukit tulen dapat merangsang sistem pencernaan dan metabolisma. Larutan ini juga dipercayai :

1) Menyumbang tenaga semulajadi yang tersimpan dalam struktur hablur garam dan tubuh dapat menggunakannya selama 24 jam.
2) Membantu memperseimbang kealkalian / keasidan dalam tubuh dan meneutralkan tekanan darah.
3) Membantu melarutkan dan menyah mendapan yang boleh mengakibatkan pembentukan "batu" dan pelbagai jenis rheumatisme seperti arthritis, batu hempedu dan batu karang.
4) Membantu meredakan rasa ketagihan. Ketagihan gula dan alkohol hilang sebaik sahaja pengambilan awal larutan tepu garam bukit tulen.

Profesor Peter Ferreira, seorang pakar biofizik berbangsa German telah menjalankan beberapa jenis ujian-ujian klinikal ke atas pesakit-pesakit yang mengambil larutan tepu Garam Bukit pada setiap hari dan Melaporkan keputusan berikut:

a) Pesakit-pesakit mengalami kehilangan Logam-logam berat dari tubuh seperti Plumbum, Merkuri(Raksa) dan Arsenik
b) Pengungkaian enapan-enapan Kalsium
c) Proses detoksifikasi perlahan tetapi berkesan
d) Memperseimbang pH darah.



Rendaman Kaki Garam Bukit tulen Terapi Kristal


Rendaman kaki Garam Bukit Tulen Terapi Kristal sangat sesuai digunakan semasa sedang berehat sambil menonton TV dan membaca. Ia sangat berkesan untuk melegakan keletihan dan kelenguhan. Kekerapan menggunakannya dapat mengembalikan kesegaran anda.


1. Melancarkan peredaran darah seluruh badan.
2. Membantu membuang toksin dari badan dan dapat mengelakkan virus.
3. Melegakan kesakitan otot, lenguh-lenguh, sakit-sakit sendi, sengal-sengal dan kekejangan otot kaki.
4. Mengurangkan kesakitan dan keletihan kaki setelah seharian berdiri dan berjalan.
5. Membantu merawat tumit kaki yang merekah.

6. Mengurangkan pening, migrain, angin, lemak

7. Menghilangkan gatal-gatal, kaki berair (kulat air), kaki pecah, kaki berbau
8. Melancarkan perjalanan darah, mengurangkan toksid, lemak/kolestrol di samping mengaktifkan perjalanan darah.

9. Mengurangkan kesakitan dari sakit gout



Amalan mandi dengan air garam bukit adalah satu keperluan harian untuk merasai kesegaran dalam merangsang semula mana-mana bahagian organ dalam badan yang telah kehilangan tenaga dan getarannya.Berendam dengan air garam bukit tulen akan merangsang vitamin tertentu dan mengurangkan homosistina iaitu sejenis bahan yang gagal dicerna dan akan mengotorkan darah dalam tubuh.




PENGGUNAAN GARAM BUKIT DALAM RAWATAN SIHIR DAN SAKIT2 BADAN





Rendaman kaki ke dalam air panas atau sejuk bercampur garam untuk rawatan makhluk halus dan sakit kaki / tumit / kebas / sakit lutut.

Assalamualaikum semua,

Rasulullah saw melarang kita untuk menyimbah air panas dari tempat tinggi takut menyakiti dan menzalimi jin2 yang tidak berdosa,=..

Ini bermakna; air panas mampu menyakitkan jin2 di alam sana… lalu kaedah merendam kaki dengan air panas berisi garam mampu menyakitkan jin2 yang ZALIM yang berada dalam badan manusia;

1) Jerang air. Suhu sepanas yang kaki kita tahan.. Jangan sampai melecur dan jangan hanya suam2 kuku.

2) Masukkan ke dalam baldi / besen. Kuantiti sehingga merendam buku lali.

3) Campurkan 3 sudu / setengah cawan garam bukit.

4) Rendam kaki. Bermula dengan tumit dahulu.. Jika tumit mampu menahannya maka seluruh kaki mampu menahannya.

5) Rendam kaki setengah jam / sejam. Jika air menjadi sejuk.. tambah lagi air panas semasa proses rendaman tersebut.

Insya Allah anda akan mendapati gangguan anda semakin kurang apa lagi kalau dicampur air ruqyah dan sambil mendengar cd ruqyah..

Teknik ini juga boleh diselang selikan dengan rendaman air sejuk / air batu bercampur garam juga…

Selamat mencuba!!!



PENGGUNAAN GARAM BUKIT UNTUK SAKIT LUTUT, KAKI DAN TANGAN



Minyak zaitun disapu sentiasa di lutut terutama di belakang pelipat lutut dan diurut diasak keras..


Sup belut dan kaki kambing dijadikan amalan




air panas... yang paling panas boleh ditahan kaki.. jangan sampai melecur pula..


Garam Himalaya /boleh guna garam bukit


Sambungan VIDEO:


Bagi Rawatan Sakit Lutut Pula:


1) Minum sup belut dan sup kaki kambing; rebus dari 3 bahagian menjadi 1 bahagian sahaja lantas diminum.


2) Sapu lutut dan kaki dengan minyak zaitun sekerap yang mungkin. Boleh dicampur air mawar atau minyak tanah yang telah diguna.


3) Urut kembung di belakang lutut diasak dengan kuat / ketuk dengan kayu atau rotan.


4) Rendam kaki dengan air panas atau sejuk bercampur garam selama setengah -- sejam.


5) Berbekam!


Selamat mencuba!  

PENGGUNAAN GARAM BUKIT DALAM RAWATAN RESDUNG


RESDUNG......



Satu penyakit yang boleh dikatakan semua orang ada... Cuma yang berbeza antara individu adalah kuat atau tidak sahaja...



Memandangkan saya adalah penghidap resdung tegar maka telah 1001 rawatan yang saya cuba sejak di bangku sekolah lagi..... Dari rokok resdung sampai la ke herba dimasuk ke dalam hidung..... nampaknya semuanya kurang berkesan lebih-lebih lagi kalau dah tumbuh polip (yang menghalang pernafasan)... sehinggalah.............



Saya sampai ke bumi barakah Syam as Syariff... Syria..... Seorang akhawat  dari Singapura memberi tahu saya bahawa Maulana Sheikh  menyarankan rawatan dengan menggunakan air garam yang disedut ke dalam hidung...



Caranya begini lebih kurang:



1) Satu sudu teh garam (terutamanya garam bukit dicampurkan dengan secebok air suam). Garam sebenarnya adalah antiseptik; pembunuh kuman yang aktif!!!



2) Bacalah al Fatihah, ayat Qursiy dan selawat syifa' 3 kali dan tiup ke dalam air tersebut, hingga habis nafas sambil berniat untuk kesihatan 'hidung'.



3) Sedut seumpama istinsya' (perbuatan memasukkan air ketika wudu') beberapa kali.



4) Ulang 3 kali sehari.... sehingga reda... Sebolehnya jangan ditinggalkan amalan ini sepertimana anda menggosok gigi....



5) Tawakkal kepada Allah... Insya Allah sembuh...



Cara yang kedua.....: Sheikh Nazim juga menyarankan agar dimasukkan sedikit minyak zaitun dan cili yang dipanaskan sedikit ke dalam hidung... tapi cara ini saya tak pernah buat.. katanya agak menyakitkan...



Setelah bertahun saya mengabaikan teknik ini.... tiba2 kakak saya mencadangkan perubatan menggunakan 'nasal pot' yang menggunakan garam bukit untuk rawatan sinus.......



Oooh, rupanya orang barat dah buat kajian dan mungkin agaknya mereka meniru cara tok2 guru kita mengubat resdung kot... :)



Bezanya mereka memasukkan air garam ke dalam lubang hidung sebelah kanan dan mengeluarkannya melalui lubang hidung kiri dan begitulah sebaliknya...



Seperti yang anda dapat lihat dari video ini:











Atau paling kurang anda jangan sekali-kali meninggalkan amalan istinsya; ketika berwuduk!!!!!



Selamat mencuba!!!!! Insya Allah dengan keberkatan amalan kekasih Allah... sembuh.... Amiin!!! ....


JADI KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN GARAM BUKIT YANG SUDAH DIRUQYAH MENGIKUT NAMA PEMBELI SILA KE:

15 October 2011

Khasiat Cuka Anggur - Resdung, Hidung Tersumbat, Asma, Selulit, Sakit dan Lesu Badan dll!

Sudah Diruqyah,berat badan, kencing manis, sakit dan lesu badan, ASMA / LELAH, hidung tersumbat, resdung, sakit tekak, susah tidur, SAPU- selulit dan ketuat.
KHASIAT CUKA ANGGUR KHUSUSNYA YANG TELAH DIRUQYAH

1. Boleh melangsing badan & meremajakan sel-sel kulit.

2.Cuka anggur membantu penyerapan kalsium, mengawal paras gula darah, melancarkan penghadaman & menentang bakteria berbahaya (sangat digalakkan untuk pengidap kencing manis - type 2).

3. Gosokkan cuka anggur (un-deluted) ke bahagian kulit yg berselulit untuk menguraikan kolesterol yang tersumbat.

4.Menghilangkan kesan ‘sunburn’, mengecilkan pori-pori yg terbuka, mengeringkan jerawat & mengawal kulit berminyak.

5. Meredakan masalah keletihan & sakit2 adan serta memudahkan tidur.

6.Merawat radang kulit & keadaan kulit merekah & pecah-pecah.

7.Menghilangkan sakit tekak.

8.Meredakan sakit kepala, hidung tersumbat & asma, menghilangkan bintik-bintik hitam pada kulit wajah. 9.Membuang kutil / ketuat. 
 
Jadi sesiapa yang ingin mendapatkan cuka anggur ini dan diruqyah mengikut nama pembeli atau orang yang diniatkan, silalah klik di bawah ini untuk pembelian secara online:
Cara penggunaan:
1) Sesudu / setengah sudu besar (bagi yg tak pernah amalkan cuka sebelum ini dan perut sensitif) cuka delima + segelas air ruqyah / air suam diminum sejam sebelum makan apa2 pada waktu pagi..
ATAU DICAMPUR SESUDU MADU:
2) Sesudu / setengah sudu besar (bagi yg tak pernah amalkan cuka sebelum ini dan perut sensitif) cuka delima + segelas air ruqyah / air suam + SESUDU MADU RUQYAH diminum sejam sebelum makan apa2 pada waktu pagi.
 3) Untuk masalah kulit muka, jerawat, berminyak, selulit dsb.. Selain meminumnya bolehlah digosokkan di tempat bermasalah... Selepas itu sapukan dengan minyak zaitun..
 
Selamat Mencuba!!! 

14 October 2011

Khasiat Cuka Delima - Menguatkan Memori dan Minda serta Penawar Migrain

Sudah diruqyah; CUKA DELIMA khusus untuk masalah kolestrol, tulang, darah tinggi, mencerdikkan minda, menguatkan memori, migrain, badan lesu, berat badan, perkumuhan, kemurungan.
KHASIAT CUKA DELIMA

Ekstrak delima boleh menghalang dan mengurangkan pemendapan kolesterol pada pembuluh darah

Menurunkan tekanan darah tinggi -

membantu melindungi badan dari serangan penyakit kardiovaskular

Melancarkan peredarah darah, sekaligus mengelak berlakunya kekejangan dan kekakuan pada anggota badan

Unsur flavenoids melindungi otak dan menguatkan memori

Membantu mengawal radikal bebas yang boleh menyebabkan lemah ingatan, pergolakan emosi dan kemurungan

Mengurangkan sakit kepala yang keterlalu dan mengurangkan kekerapan sakit kepala (migraine)

Mengandungi enzim organik untuk membantu melawaskan sistem pembuangan, sekaligus membantu menurunkan berat badan

Membekal tenaga segera untuk memulihkan keletihan dan kelesuan badan, menjadikan anda lebih cergas dan segar

Mempercepatkan penyerapan kalsium dengan berkesan. Tulang anda lebih tumpat dan tidak rapuh sebelum masa, Insyallah 
Cuka delima ini akan bertambah khasiat dan keberkesanannya lebih2 lagi kalau diruqyah dengan pembacaan ayat2 suci al Quranul Karim.. Insya Allah..
Jadi untuk mendapatkan cuka delima yang telah diruqyah secara online dengan diniatkan atas nama anda yang membeli bolehlah berbuat demikian di Online Store Rasmi Kami:
Cara penggunaan:

1) Sesudu / setengah sudu besar (bagi yg tak pernah amalkan cuka sebelum ini dan perut sensitif) cuka delima + segelas air ruqyah / air suam diminum sejam sebelum makan apa2 pada waktu pagi..
ATAU DICAMPUR SESUDU MADU:
2) Sesudu / setengah sudu besar (bagi yg tak pernah amalkan cuka sebelum ini dan perut sensitif) cuka delima + segelas air ruqyah / air suam + SESUDU MADU RUQYAH diminum sejam sebelum makan apa2 pada waktu pagi.

11 October 2011

Kenangan Seminar Modul 2 di Sg Besar

Jemaah Usrah Ruqyah Syariyyah (JURUS d KISWAH) Sg Besar dan Teluk Intan
 Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah was solatu was salamu ala rasulillah saw..

Rasanya sudah dua minggu seminar di Sg Besar berakhir..

Tidak terlambat rasanya pada kali ini saya menceritakan corat coret kenangan seminar di Pusat Bimbingan al Quran Syatibi Sg Besar Selangor Malaysia.

Kami bertolak ke Sg Besar selepas Solat Jumaat dan pada kali ini rombongan KISWAH disertai oleh Us Thoha, Us Zahid dan Lokman. Destinasi kami adalah Taman Mawar Bentong. Di sana kami singgah sebentar di rumah Us Zuhaidi Mukapit.Setelah berehat seketika kami bersama Us Zul meneruskan perjalanan ke Sg Besar melalui lebuhraya baru LATAR.


Alhanmdulillah kami sampai ke Sg Besar lebih kurang pukul 10 malam. Kami disambut oleh Us Kamaruddin Motivasi2K. Setelah makan2 kami dibawa berehat di Homestay berdekatan.

Pada hari yang dijanjikan seminar yang disertai hampir 50 orang peserta berlangsung dengan jayanya.. Alhamdulillah seminar yang mengutarakan tajuk "Keluarga Bahagia Bebas Sihir" ini berjaya menggamit perhatian semua peserta seminar. Interaksi bersama peserta juga berlangsung dengan penuh harmonis. Pada kali ini seminar disertai pelbagai lapisan masyarakat termasuklah golongan pengamal perubatan dari Darussyifa' dan pengamal perubatan alternatif lain.



Selepas seminar berlangsung kami berangkat ke muara sungai sg besar untuk menikmati keindahan alam sambil berselawat di tepi muara. Alhamdulillah semasa di sana kami terserempak dengan nelayan laut yang baru menaikkan kerang yang segar bugar dan sihat wal afiat belaka.. Rezeki Allah! Siapa sangka... 3 periuk besar kerang menjadi habuan kami pada malam tersebut.


Pada malam hari Ahad tersebut, jamuan besaran kerang diadakan di Homestay. Alhamdulillah rombongan JURUS dari Kota Tinggi yang diketuai oleh Us Zaki bersama Imam Redzuan sanggup meluangkan masa menziarahi kami di Sg Besar.. Alhamdulillah majlis maulidurrasul saw diadakan dengan penuh meriah menggunakan maulid ad Daibaie... Majlis berakhir pada pukul 1 pagi!


Jemaah Usrah Ruqyah Syariyyah KISWAH Sg Besar dan Kota Tinggi bergabung


 Pada keesokan harinya, Klinik KISWAH diadakan untuk memberi khidmat kepada masyarakat yang berminat untuk mendapatkan rawatan secara bacaan ruqyah syariyyah...

Klinik berakhir pada waktu 4 petang...
Seorang pesalah; Us Zahid kelihatan dipenjara di Kedai Us Kamaruddin

Kami kembali ke Homestay dan bersiap2 untuk pulang...

Setelah wada' bersama Us Kamaruddin dan anak2 kami bertolak pulang ke Temerloh.. Disebabkan keletihan yang amat sangat kami singgah tidur di rumah Us Zul di Bentong.

Berhenti makan di Sekinchan...
Pada keesokan harinya, sebelum pulang ke Temerloh kami singgah di Kolam Air Panas Bentong untuk mandi manda sambil merawat tubuh badan yang lesu letih selepas seminar... :)

Kami bertolak kembali ke Temerloh dengan peraan kesyukuran tidak terperi. Ya Allah kami bersyukur kepadaMu atas segala rahmat dan nikmatMu sehingga menjadikan program kali ini penuh bermakna buat kami.. Inilah tarbiyyahMu Ya Allah di dalam Madrasah Kehidupan ini...

Terima kasih kepada Us Nazri, Haji2 dan semu ajk dari Pusat Bimbingan Syatibiyyah yang bertungkus lumus menjayakan program pada kali ini....

Semoga semua peserta mendapat istifadah, hidayah dan nur dari seminar pada kali ini...
Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam..

08 October 2011

Agen Produk Ruqyah KISWAH Diperlukan!!!

katalog 1

Katalog 2
Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah thumma alhamdulillah dengan inayah, iradah qudrah Allah akhirnya KISWAH diberi kesempatan olehNYA untuk melaksanakan satu projek mengukuhkan ekonomi KISWAH dan sedikit sebanyak menyumbang ke dalam dana pembinaan surau dan pusat rawatan KISWAH dan pembinaan pusat rawatan baru di Temerloh.

Projek yang dimaksudkan adalah  mewujudkan agen2 jualan barang makanan sunnah yang telah diruqyah untuk dijual kepada para muslimin muslimat yang berhajat mendapat barangan sunnah untuk diamalkan...

Secara ringkasnya, bakal agen akan datang ke pusat rawatan untuk diberi penerangan dan membawa pulang katalog dan sampel produk ruqyah untuk dipromosi. Setelah mengambil tempahan maka, agen akan kembali ke pusat rawatan KISWAH untuk mengambil barang tersebut.. Pembayaran awal ketika mengambil barang adalah diutamakan. Jika tidak mampu maka bolehlah mengambil pulang barang tersebut untuk dijual.  Kemudian dalam masa seminggu dua, hasil jualan barang tersebut hendaklah diserahkan kepada pihak KISWAH.

Jadi, dengan ini saya mengumumkan secara rasmi bahawa sesiapa yang ingin menjadi agen jualan kami bolehlah datang ke Pusat Rawatan KISWAH di Temerloh untuk diberi katalog dan sedikit penerangan berkenaan proses muamalah antara agen dan KISWAH...

Apapun para agen hendaklah MENGAMBIL SENDIRI barang2 ruqyah seperti yang tersenarai di dalam katalog di pusat rawatan Temerloh... Saya membuka pelawaan kepada anda semua untuk menjadi agen KISWAH ini khususnya untuk orang2 perseorangan dan semua penjawat awam dan swasta yang ingin mendapat wang poket lebih secara penuh barakah serta dalam masa yang sama memberikan khidmat kebajikan kepada para muslimin amnya...

Jika berminat, silalah call saya di talian 017 9065131 untuk membuat temu janji di PR KISWAH bagi sesi penerangan... Alhamdulillah setakat ini KISWAH mempunyai beberapa orang agen yang aktif dan telah menjalankan aktiviti jualan mereka buat beberapa bulan kini...

Saya mengutamakan mana2 muslimin muslimat tempatan yang bermastautin di Temerloh dan daerah2 sekitarnya khusus untuk memudahkan anda mengambil sendiri barang2 jualan di pusat rawatan Temerloh..Saya juga akan mengutamakan ahli kelas tafaqquh KISWAH yang aktif.

Semoga Allah memberkati usaha ini berbekalkan niat murni yang mudahan2 kami miliki senantiasa.. Amin Ya Rabb...

Sila hubungi saya ye....

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

07 October 2011

Rawatan Ruqyah oleh Jemaah Usrah Ruqyah KISWAH di Surau Bkt Pelindung Kuantan Ahad 9 Okt..

Pastikan temujanji anda untuk rawatan ruqyah di sana di sana di sanaaaa..!!!
 Assalamualaikum semua..

Dimaklumkan bahawa satu program rawatan akan diadakan di Surau ar Raudhah di Bukit Pelindung oleh Jemaah Usrah Ruqyah Syariyyah KISWAH cawangan Kuantan....

Insya Allah sesi rawatan ini akan diadakan oleh anak2 murid KISWAH sekitar Kuantan.. Semoga anda semua diberkahi Allah berkat niat dan usaha murni ini... Setakat ini saya tidak pasti sama ada dapat turun atau tidak.....

MAKLUMAT PROGRAM...

KLINIK RAWATAN KISWAH

Anjuran: Jemaah Usrah Ruqyah Syariyyah (JURUS) Kuantan

09 Oktober 2011 ( Ahad )
1.30 Pg - 6.00 Ptg.

( Upah Rawatan Seikhlas Hati, Sumbangan Tuan & Puan Di Alu-alukan Untuk Tenaga Perawat KISWAH dan Tabung KISWAH )

TEMPAT
MUSOLLA ARRAUDHAH
TAMAN PELINDUNG PERDANA
BUKIT PELINDUNG, BESERAH, KUANTAN

Syarat membuat rawatan di Klinik Rawatan KISWAH
- Terbuka Muslimin & Muslimat semua peringkat umur.
- Bersama Mahram ( jika Muslimah ).
- Berpakaian Sopan & Menutup Aurat.
--------------------------
---------------------------------------------------------------

Pendaftaran:
Sila SMS: --Nama--No. K/P --Alamat hantar ke 012 664 8861

Maklumat Lanjut Hubungi:
Kamarul Azli – 012 664 8861
Cikgu Adip – 019 777 8604
Ustaz Azli – 013 960 9434

" BERSAMA MEMARTABATKAN PERUBATAN TIBBUN NABAWI "
“1 KELUARGA 1 PERAWAT ISLAM”

06 October 2011

Ampun Maaf Seminggu Sudah Tidak Update...

Assalamualaikum dan salam CINTA... Sori ye seminggu tak update blog.... :)

Assalamualaikum semua pembaca blog yang budiman...

Hai seminggu sudah berlalu tanpa sempat saya membuka internet kecuali untuk mengambil tempahan barang sahaja...

Seminggu telah pun berlalu semenjak kita berkampung dan berseminar di Sg Besar Selangor bersama Us Nazri dan Us Zaki serta sahabat2 tersayang...

Saya agak kesibukan seminggu ini sehingga blog dan fb tidak sempat saya sentuh dan 1001 pertanyaan kepada KISWAH berkenaan perubatan Islam dari pelbagai aneka tajuk belum lagi saya respond..

Sudahlah begitu, kabel TM di rumah saya Kg Pangsenam sudah dipotong dan dikebas penyangak mana tak tau.. Akibat dari tindakannya itulah boleh jadi router wifi di rumah saya sudah terbako..... Nak kena ganti baru...

Jadi saya gagahkan untuk online dan ketika posting ini ditulis saya sedang menggunakan internet di rumah bonda ayahanda tercinta.

Insya Allah dengan izinNya, saya ingin menulis dan berkongsi pengalaman berkenaan corat coret warna warni kenangan di Seminar Sg Besar bersama Jemaah Usrah Ruqyah Syariyyah yang tercinta dan berkongsi 1001 maklumat2 berharga berkenaan khazanah perubatan Islam dari semasa ke semasa insya Allah...'setakat mana ilmu sekelumit yang Allah pinjamkan kepada saya ini".......

Nantikan posting2 yang lebih menarik selepas ini k!!!!!

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...