**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

11 October 2011

Kenangan Seminar Modul 2 di Sg Besar

Jemaah Usrah Ruqyah Syariyyah (JURUS d KISWAH) Sg Besar dan Teluk Intan
 Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah was solatu was salamu ala rasulillah saw..

Rasanya sudah dua minggu seminar di Sg Besar berakhir..

Tidak terlambat rasanya pada kali ini saya menceritakan corat coret kenangan seminar di Pusat Bimbingan al Quran Syatibi Sg Besar Selangor Malaysia.

Kami bertolak ke Sg Besar selepas Solat Jumaat dan pada kali ini rombongan KISWAH disertai oleh Us Thoha, Us Zahid dan Lokman. Destinasi kami adalah Taman Mawar Bentong. Di sana kami singgah sebentar di rumah Us Zuhaidi Mukapit.Setelah berehat seketika kami bersama Us Zul meneruskan perjalanan ke Sg Besar melalui lebuhraya baru LATAR.


Alhanmdulillah kami sampai ke Sg Besar lebih kurang pukul 10 malam. Kami disambut oleh Us Kamaruddin Motivasi2K. Setelah makan2 kami dibawa berehat di Homestay berdekatan.

Pada hari yang dijanjikan seminar yang disertai hampir 50 orang peserta berlangsung dengan jayanya.. Alhamdulillah seminar yang mengutarakan tajuk "Keluarga Bahagia Bebas Sihir" ini berjaya menggamit perhatian semua peserta seminar. Interaksi bersama peserta juga berlangsung dengan penuh harmonis. Pada kali ini seminar disertai pelbagai lapisan masyarakat termasuklah golongan pengamal perubatan dari Darussyifa' dan pengamal perubatan alternatif lain.



Selepas seminar berlangsung kami berangkat ke muara sungai sg besar untuk menikmati keindahan alam sambil berselawat di tepi muara. Alhamdulillah semasa di sana kami terserempak dengan nelayan laut yang baru menaikkan kerang yang segar bugar dan sihat wal afiat belaka.. Rezeki Allah! Siapa sangka... 3 periuk besar kerang menjadi habuan kami pada malam tersebut.


Pada malam hari Ahad tersebut, jamuan besaran kerang diadakan di Homestay. Alhamdulillah rombongan JURUS dari Kota Tinggi yang diketuai oleh Us Zaki bersama Imam Redzuan sanggup meluangkan masa menziarahi kami di Sg Besar.. Alhamdulillah majlis maulidurrasul saw diadakan dengan penuh meriah menggunakan maulid ad Daibaie... Majlis berakhir pada pukul 1 pagi!


Jemaah Usrah Ruqyah Syariyyah KISWAH Sg Besar dan Kota Tinggi bergabung


 Pada keesokan harinya, Klinik KISWAH diadakan untuk memberi khidmat kepada masyarakat yang berminat untuk mendapatkan rawatan secara bacaan ruqyah syariyyah...

Klinik berakhir pada waktu 4 petang...
Seorang pesalah; Us Zahid kelihatan dipenjara di Kedai Us Kamaruddin

Kami kembali ke Homestay dan bersiap2 untuk pulang...

Setelah wada' bersama Us Kamaruddin dan anak2 kami bertolak pulang ke Temerloh.. Disebabkan keletihan yang amat sangat kami singgah tidur di rumah Us Zul di Bentong.

Berhenti makan di Sekinchan...
Pada keesokan harinya, sebelum pulang ke Temerloh kami singgah di Kolam Air Panas Bentong untuk mandi manda sambil merawat tubuh badan yang lesu letih selepas seminar... :)

Kami bertolak kembali ke Temerloh dengan peraan kesyukuran tidak terperi. Ya Allah kami bersyukur kepadaMu atas segala rahmat dan nikmatMu sehingga menjadikan program kali ini penuh bermakna buat kami.. Inilah tarbiyyahMu Ya Allah di dalam Madrasah Kehidupan ini...

Terima kasih kepada Us Nazri, Haji2 dan semu ajk dari Pusat Bimbingan Syatibiyyah yang bertungkus lumus menjayakan program pada kali ini....

Semoga semua peserta mendapat istifadah, hidayah dan nur dari seminar pada kali ini...
Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...