**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

20 October 2011

Pembinaan Partition Pejabat dan Bilik di Pusat Rawatan KISWAH





Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah dengan izinNYA jua, akhirnya cita2 kami untuk membuat sebuah bilik khas untuk pejabat dan bilik pembantu KISWAH menjadi kenyataan.

Sebagai pusat rawatan yang kurang ternama, masih kerdil dan berpendapatan sangat sederhana, pembinaan yang menelan belanja beribu2 RM ini amat bermakna buat saya khususnya...

Bukanlah niat kami untuk menunjuk2, tiada apa yang hendak ditunjuk2kan kepada semua lantaran bagi yang lain pembinaan sebegini 'tidaklah seberapa' buat kebanyakan anda...

Terima kasih kepada Bidadari Tercinta yang menjadi mastermind sehingga 'impian yang kita bersama pendam' sejak dua tahun dahulu menjadi kenyataan...

Paparan ini sekadar untuk menunjukkan perkembangan KISWAH yang terbaru khususnya buat semua anak2 usrah KISWAH seluruh negara.

Cuma,

Diharap dengan pembinaan partition ini menambahkan lagi semangat warga KISWAH untuk terus berusaha memberi khidmat rawatan ruqyah kepada masyarakat Pahang khususnya dan Malaysia umumnya...

Di sini, saya mengambil kesempatan agar semua pembantu2 saya yang disayangi bertambah motivasi dan bersatu hati sama2 berjuang untuk memartabatkan perubatan Islam berasaskan ruqyah menggunakan al Quran dan pemakanan Sunnah di negara ini.

Saya juga bermohon agar semua pencinta perubatan ruqyah syariyyah mendoakan kejayaan KISWAH dunia akhirat dan semoga Allah memurnikan hati kami ikhlas berjihad di jalannya dengan keberkatan Rasul saw dan para anbiya' serta awliya' khususnya mursyid tercinta...

Semoga dengan kemurniaan niat dan hasrat tersebut menjanjikan 'nusrah' pertolongan serta Mahabbatullah kepada insan2 lemah, hina, terpalit dosa dan tidak berguna ini...

...Dalam masa yang sama semoga langkah2 awal ini layak menjadi inspirasi buat kami warga KISWAH untuk membina pusat rawatan sendiri dan surau dan pusat rawatan KISWAH suatu hari nanti sebelum diri dipanggil Ilahi.. Insya Allah....

Allahu Haq!!! Hidayah Seluruh Alam!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...