|
Al Fatihah Kepada al Marhum Sheikh Judah |
Assalamualaikum semua...
Beberapa hari yang lalu, tanggal 20 oktober, Dr
Judah Muhd Abu Yazid al-Mahdi yang merupakan antara guru2 kami di Tanta
Ardul Badawi, Mesir, meninggal dunia.Sama2 sedekahkan al-Fatihah dan
moga beliau digolongkan di kalangan Siddiqin...
Kenangan mempelajari Tafsir di Jami' al Badawi Tanta selepas Solat Jumaat setiap minggu sekitar tahun 2005 masih segar di ingatanku...Alhamdulillah hamba yang hina dina ini diberi peluang oleh Allah Taala untuk hadir kelas tafsir pembukaannya di Masjid Badawi yang terletak makamnya Sidi Ahmad al Badawi..
Kenangan bersama Sheikh apabila mengucup wajahnya yang mulia masih terngiang2 di hati ini.. Walaupun belajar dengan Sheikh tidaklah lama tapi pemergiannya tetap terasa....
Antara sahabat saya tekun berguru dengan beliau adalah Ustaz Amir Azmi.. Blognya: Ibnu Azmi.
Al Fatihah buatmu Ya Sheikh...
SYEIKH AT-THORIQAT AN-NAQSYABANDIAH AL-KHOLIDIAH AL-JUDIAH
PETIKAN DARI :
BLOG PONDOK HABIB
Semalam, Khamis telah pulang ke rahmatullah seorang ulama besar al-Azhar,
Syeikhuna al-‘Arif biLah Prof.
Dr. Judah bin Muhammad Abu al-Yazid al-Mahdi al-Husaini. Beliau adalah
guru kami ketika belajar di Universiti al-Azhar cawangan Tanta, Mesir
dahulu. Beliau juga adalah guru sahabat kami, al-Fadhil Syeikh Muhammad
Fuad al-Maliki. Dr. Judah adalah seorang pakar dalam bidang tafsir dan
ilmu al-Quran. Beliau adalah dekan pertama Fakulti al-Quran, Universiti
al-Azhar ketika awal penubuhannya.
Beliau juga adalah syeikh tariqat yang terkenal di Tanta, Mesir,
iaitu Tariqat Naqsyabandiyyah al-Khalidiyyah al-Judiyyah. Majlis zikir
dan Dala’il al-Khairatnya diadakan setiap hari Jumaat di dalam
Masjid Sayyidi Ahmad al-Badawi, bersebelahan dengan makam wali besar
tersebut. Al-faqir beberapa kali menghadirinya dan mengambil bai’ah tabarruk dengan
beliau. Keasyikan beliau dengan Sayyidi Ahmad al-Badawi begitu dalam
sehingga menghasilkan hubungan kerohanian yang amat erat.
Datuknya sebelah ibu, Syeikh Judah bin Ibrahim al-Naqsyabandi (w. 1928) (
lihat sedikit manaqibnya)
adalah khalifah kepada imam naqsyabandi yang terkenal, iaitu
al-Muhaddith Syeikh Ahmad Dhiya’uddin al-Kumusykhanawi, pengarang
Ramuz al-Ahadith. Namun,
Dr. Judah tidak sempat mengambil bai’ah dengan datuknya itu, beliau
hanya mengambil bai’ah dari anaknya, iaitu pakcik beliau Syeikh ‘Isa bin
Judah al-Naqsyabandi.
Dr. Judah merupakan seorang alim sufi yang jarang ditemukan tolok
bandingnya. Karya-karyanya banyak diresapi sentuhan kerohanian yang
kuat, termasuklah kitab muqarrar tafsir al-Qurannya (ضياء الفرقان) yang
diajarkan kepada para pelajar kuliah.
Beliau dilahirkan pada tahun 1944 di al-’Aziziyyah, Muhafazah
al-Syarqiyyah iaitu tempat kelahiran al-’Allamah al-’Azizi pensyarah
kitab al-Jami’ al-Saghir yang terkenal. Beliau pernah belajar
di al-Ma’had al-Ahmadi, Tanta dan menimba ilmu dari guru-gurunya,
terutama dari Mawlana al-Imam Syeikh Muhammad Khalil al-Khatib. Beliau
membesar dalam mazhab Syafi’i dan akidah ’Asy’ari.
Beliau kemudian berpindah ke peringkat universiti dan memasuki
Fakulti Usuluddin di al-Azhar. Beliau pernah belajar dengan
Syeikhul-Azhar Imam Syeikh ’Abdul Halim Mahmud. Beliau kemudian
meneruskan pengajian sehingga ke peringkat master dan Ph.D dengan judul
tesisnya: (منهج الإمام أبي الحسن الواحدي في التفسير).
Apabila Universiti al-Azhar cawangan Tanta dibuka beliau telah
berpindah ke Tanta dan terus menetap di situ sehinggalah ke akhir
hayatnya. Dr. Judah sangat jarang meninggalkan ibadah umrah dalam bulan
Ramadhan setiap tahun dan menziarah makam baginda Rasulullah SAW. Beliau
juga bermusafir ke Kaherah hampir setiap minggu menziarahi makam-makam
Ahlul Bait dan juga menyampai pengajian di Akademi Sufiyyah, al-’Asyirah
al-Muhammadiyyah.
Ramai pelajar Malaysia yang telah berbai’ah dengan beliau. Khalifah Dr. Judah di Malaysia ialah Ustaz Hj. Zamzuri Harun.
Hingga kini, beliau telah menghasilkan lebih dari 20 buah karya. Antaranya:
1- بحار الولاية المحمدية في مناقب أعلام الصوفية() (
muat turun)
2- (الاتجاه الصوفي في تفسير القرآن الكريم)
3- Tahkik kitab (تذكرة أولي الألباب في مناقب الشعراني سيدي عبد الوهاب)
4- (سيدي أحمد البدوي)
5- (مبادئ التفسير الإشاري تطبيقاً على سورة ياسين)
6- (الإيمان والتقوى في القرآن الكريم)
7- (فضائل القرآن الكريم)
8- (موسوعة آل البيت)
9- (النفحات الجودية في الطريقة النقشبندية)
10- (الرابطة عند النقشبندية)
11- (مسألة وصول ثواب القرآن وجواز إهدائه للموتى)
12- (التصوف روح الإسلام)
13- (علوم القرآن)
14- (أصولُ التَّصوفِ في القرآن الكريم والسُّنَّةِ المحمَّديَّةِ) (
muat turun)
15- (هدي النيرين)
16- Lain-lain.
Rujukan:
Al FATIHAH KEPADA AL MARHUM...
No comments:
Post a Comment