**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

21 October 2011

Kelas Tafaqquh Perubatan Islam Esok di KISWAH dan Jumpa Kami Di Gerai Karnival Belia Muslim; Ahad 23 OKT

Mari Semarakkan Ukhuwwah dan Mahabbah

 PROGRAM 1: Majlis Pengajian Perubatan Islam

Assalamualaikum semua pembaca yang budiman khususnya ahli Jemaah Usrah Ruqyah Syariyyah Seluruh Negara...

Sukacita dan dengan rendah hatinya saya maklumkan bahawa satu kelas rawatan Islam ruqyah syariyyah akan diadakan:

22 Oktober 2011 bersamaan Sabtu Malam Ahad

Di Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah

No 16 Tingkat Dua Jalan Ahmad Shah Temerloh Pahang..

Sila hadirkan diri untuk solat Maghrib berjemaah...

Sila comfirmkan kedatangan anda dgn sms kepada saya: 017 9065131.. untuk bajet


Tentatif:

Solat Maghrib Berjemaah

Kelas Tafaqquh selepas Maghrib

Solat Isyak berjemaah

Maulid dan bersolawat...

Jamuan ringan


Kehadiran kalian semua khusunya Ahli-ahli Jemaah Usrah Ruqyah Syariyyah di seluruh negara adalah dialu-alukan....

Sekian dimaklumkan...

Wasslam..

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam... Sebarkan CINTA...

Yang benar,
Ustaz Hayat an Naqshbandi - 14 Okt 11

PROGRAM 2: GERAI RAWATAN ISLAM KISWAH, KARNIVAL BELIA MUSLIM TEMERLOH

Assalamualaikum semua,

Dimaklumkan bahawa KISWAH akan membuka gerai rawatan di:

KARNIVAL BELIA MUSLIM

DATARAN TOK GAJAH TEMERLOH

23hb OKT 2011 - Bersamaan Ahad ini!

7.30 pg - 11.30 malam 

Aktiviti:
Rawatan ringkas melalui bacaan ruqyah kepada pesakit (mengesan ada gangguan atau tidak)
Jualan barang2 sunnah dan koleksi produk2 anti sihir
Khidmat nasihat dan pertanyaan
Khidmat bacaan ruqyah kepada air; untuk rawatan penyakit melalui air jampi

Insya Allah. Jumpa Anda Di Sana!!!!


Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...