**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

08 October 2011

Agen Produk Ruqyah KISWAH Diperlukan!!!

katalog 1

Katalog 2
Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah thumma alhamdulillah dengan inayah, iradah qudrah Allah akhirnya KISWAH diberi kesempatan olehNYA untuk melaksanakan satu projek mengukuhkan ekonomi KISWAH dan sedikit sebanyak menyumbang ke dalam dana pembinaan surau dan pusat rawatan KISWAH dan pembinaan pusat rawatan baru di Temerloh.

Projek yang dimaksudkan adalah  mewujudkan agen2 jualan barang makanan sunnah yang telah diruqyah untuk dijual kepada para muslimin muslimat yang berhajat mendapat barangan sunnah untuk diamalkan...

Secara ringkasnya, bakal agen akan datang ke pusat rawatan untuk diberi penerangan dan membawa pulang katalog dan sampel produk ruqyah untuk dipromosi. Setelah mengambil tempahan maka, agen akan kembali ke pusat rawatan KISWAH untuk mengambil barang tersebut.. Pembayaran awal ketika mengambil barang adalah diutamakan. Jika tidak mampu maka bolehlah mengambil pulang barang tersebut untuk dijual.  Kemudian dalam masa seminggu dua, hasil jualan barang tersebut hendaklah diserahkan kepada pihak KISWAH.

Jadi, dengan ini saya mengumumkan secara rasmi bahawa sesiapa yang ingin menjadi agen jualan kami bolehlah datang ke Pusat Rawatan KISWAH di Temerloh untuk diberi katalog dan sedikit penerangan berkenaan proses muamalah antara agen dan KISWAH...

Apapun para agen hendaklah MENGAMBIL SENDIRI barang2 ruqyah seperti yang tersenarai di dalam katalog di pusat rawatan Temerloh... Saya membuka pelawaan kepada anda semua untuk menjadi agen KISWAH ini khususnya untuk orang2 perseorangan dan semua penjawat awam dan swasta yang ingin mendapat wang poket lebih secara penuh barakah serta dalam masa yang sama memberikan khidmat kebajikan kepada para muslimin amnya...

Jika berminat, silalah call saya di talian 017 9065131 untuk membuat temu janji di PR KISWAH bagi sesi penerangan... Alhamdulillah setakat ini KISWAH mempunyai beberapa orang agen yang aktif dan telah menjalankan aktiviti jualan mereka buat beberapa bulan kini...

Saya mengutamakan mana2 muslimin muslimat tempatan yang bermastautin di Temerloh dan daerah2 sekitarnya khusus untuk memudahkan anda mengambil sendiri barang2 jualan di pusat rawatan Temerloh..Saya juga akan mengutamakan ahli kelas tafaqquh KISWAH yang aktif.

Semoga Allah memberkati usaha ini berbekalkan niat murni yang mudahan2 kami miliki senantiasa.. Amin Ya Rabb...

Sila hubungi saya ye....

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...