**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

24 March 2010

Pusat Rawatan kami yang beroperasi secara LEGAL

Assalamualaukum semua!!!!

Alhamdulillah...

Saya sempat sujud syukur tadi.. Pada hari ini pusat rawatan kami mendapat lesen perniagaan dari Majlis Perbandaran Temerloh setelah saya berhempas pulas selama empat bulan bergelumang dengan karenah birokrasi yang macam2.. Saya paparkan maklumat ini sebagai panduan kepada perawat2 untuk membuka pusat rawatan yang beroperasi secara 'legal' dan mengikut saluran yang betul..

Pusat Rawatan Islam termasuk dalam kategori "Pusat Rawatan dan Kecantikan".

Antara surat kebenaran yang diperlukan adalah:(SILA KLIK UNTUK BESAR)

1) Surat kebenaran dari Ketua Balai Polis Daerah... siap dengan soal jawab sekali dengan ketua balai.. Ini contoh surat..


2) kementerian kesihatan - wakil kementerian datang ke pusat rawatan dan memeriksa pusat rawatan dan soal jawab tentang kaedah perubatan dan bekam.. (ini yang payah ni)
nasib baik kakitangan KKM banyak membantu.. doalah dapat doktor yang menyokong perubatan Islam.


3) dll : beberapa bahagian di majlis perbandaran...


Akhirnya dapat la surat kebenaran ni. . ni yang susah nak dapat...... kalau dapat surat ni kira 90% lulus la....

satu lagi proses yang perlu ditempuhi adalah..:

TEMUDUGA.. ujian yang terakhir.. kalau missed call, tak pi temuduga (akan diadakan secara mengejut) segala permohonan ditolak.. kena mula balik......

Saya hari tu ada majlis dengan Sh Adnan. Terpaksa tinggal isk isk.. alhamdulillah sempat pulang ke Temerloh untuk temuduga...

Inilah hasilnya.. alhamdulillah!!!

Terima kasih sokongan dan doa semua.. Doakan kami berjaya!!!

ALLAHU HAQ!!! HIDAYAT SELURUH ALAM!!!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...