Minggu ni memang ramai pesakit ke pusat rawatan... Setiap hari mesti lebih dari 5 pesakit datang ke pusat rawatan malah sampai 20 orang sehari pun ada.. Alhamdulillah berkat doa dari anda ahli keluarga KISWAH dan guru2 yang mulia.... Saya agak keletihan dan barangkali esok tidak merawat kerana banyak kerja yang perlu dibuat...
Hari ni saya dikunjungi oleh pesakit yang membawa ikatan tangkal yang dijahit cantik untuk dijadikan tali pinggang...
Saya menyuruhnya membawa barang2 yang diberikan bomoh dan beliau memberikan saya benda2 ni....
Kebetulan Abang Kasim membantu saya di pusat rawatan hari ni... kami membuka jahitan tangkal itu dan cuba teka apa yang ada di dalam.... Perawat KISWAH memang biasa terjumpa benda sebegini..... Lalu kami rendam barang2 sihir tersebut termasuk beberapa barang lagi di dalam air ruqyah semalaman....
Anda lihatlah sendiri.... Malangnya ramai yang taksub dan bersungguh2 memakai tangkal2 ni.. Malah ada yang telah didedahkan dengan isi kandungan tangkal tersebut pun mungkin akan tetap percaya bahawa tulisan di atas kertas tersebut mempunyai 'KUASA'. Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Muka surat 1: Klik untuk besar. Rasa2nya anak2 anda boleh lukis gambar ni!
Muka surat sebelah.... Kasihan, masih ramai masyarakat kita memakai 'kertas conteng' ni... AstagfirulLAH......!