14 September 2011
Mari Melakukan Ibadah Korban Bersama KISWAH
Assalamualaikum semua..
Insya Allah sempena Eidul Adha yang akan menjelma tidak lama lagi, KISWAH akan mengadakan kenduri korban peringkat KISWAH pada ketetapan berikut:
Hari Raya Ketiga bersamaan 8 November 2011
Bertempat di : Surau al Munzirin, Kg Batu Sawar, Temerloh... Kita semua akan berkampung di sana.
Majlis bermula dengan ibadah korban dan tahlil, doa selamat, maulid dan doa...
Oleh itu, dengan ini saya berkempen kepada semua ahli keluarga KISWAH sekiranya ada yang hendak masuk syer korban pada kali ini. Bukan sahaja masuk syer tetapi dalam masa yang sama hadir pada hari tersebut untuk menyaksikan proses sembelihan dan membantu melapah daging...
Setakat ini kita dah ada 4 orang yang comfirm mengambil bahagian pada kali ini..
Sekiranya ada yang berminat;
SILA HUBUNGI SAYA DI TALIAN UNTUK MENGETAHUI JUMLAH RM UNTUK SATU SYER...
Antara Hikmah Korban adalah:
Muslimin yang dirahmati Allah,
Islam
mensyariatkan ibadah korban itu sebagai salah satu cara mendekatkan
diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala, sebagaimana yang sering kita
ikrarkan dalam sembahyang : "Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku,
hidupku dan matiku adalah untuk berbakti kepada Allah Subhanahu
Wata'ala". Ibadah korban juga adalah sebagai melahirkan rasa syukur
kepada Allah Subhanahu Wata'ala di atas segala nikmat dan rezeki yang
telah diberikan-Nya.
Manakala di antara hikmat dari pensyariatan ibadah korban itu pula ialah :
Pertama
: Untuk mengekalkan ingatan kita kepada kisah Nabi Ibrahim Alaihissalam
yang sanggup menyembelih puteranya Nabi Ismail Alaihissalam sebagai
korban, akan tetapi Allah menggantikannya dengan seekor kibasy. Dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah daripada Zaid bin
Arqam, dia berkata : Para sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
bertanya, wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu? Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab dengan sabdanya maksudnya :
"Ia
adalah sunnah bapa kamu Ibrahim. Mereka bertanya lagi : Apa yang akan
kami perolehi daripadanya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi
setiap helai rambut ada kebajikannya. Mereka bertanya lagi : Bagaimana
pula dengan bulunya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap
helai bulu ada kebajikannya".
Kedua
: Melatih dan membentuk kaum Muslimin supaya sanggup berkorban
sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Allah demi kepentingan orang lain.
Ketiga
: Memupuk sikap pemeduliaan dan prihatin terhadap masyarakat iaitu
dengan mengagihkan sebahagian daging korban itu sebagai makanan atau
meluaskan rezeki orang-orang fakir miskin sempena Hari Raya Aidiladha.
Keempat
: Menyemai dan menanamkan sifat terpuji dan nilai-nilai murni ke dalam
diri dengan meneladani kesabaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail
Alaihissalam dan sifat keduanya yang mengutamakan ketaatan dan rasa
cinta kepada Allah Subhanahu Wata'ala.
Muslimin yang berbahagia,
Memandangkan
ibadah korban itu mempunyai hikmah dan kelebihan yang amat banyak, maka
sudah sewajarnyalah kita merebut peluang ini dengan melakukan korban
pada hari raya itu nanti. Sama-samalah kita berdoa semoga dimurahkan
rezeki dan dapat melakukan ibadah korban. Mudah-mudahan segala amal
kebajikan yang kita lakukan di atas dasar keikhlasan dan keimanan itu
akan diterima Allah Subhanahu Wata'ala dan mendapat ganjaran pahala yang
berlipat ganda. Amin Ya Rabbal'alamin.
Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Hajj ayat 37 tafsirnya :
"Daging
dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai
kepada Allah. Tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang
berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah ia memudahkan
binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana
mendapat nikmat petunjuk-Nya. Dan sampaikanlah berita gembira dengan
balasan yang sebaik-baiknya kepada orang-orang yang berusaha supaya baik
amalnya".
Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam..
p/s: Sebarkan.....
Saya pernah menulis ebook berkenaan ibadah korban
27 SOALAN BERKENAAN IBADAH KORBAN
Sila dapatkan di sini: EBOOK IBADAH KORBAN
Wassalam...