Assalamualaikum semua..
Kepada semua peserta Seminar 7 KISWAH yang sudah mendafar dan belum mendaftar khususnya yang mengikuti seminar KISWAH sejak modul 1 lagi diingatkan temujanji kita esok.
Jangan lupa datang awal pada pukul 8.00 pagi untuk pendaftaran supaya seminar dapat dimulakan awal.
Kepada yang datang jauh khususnya dari Perak, Johor, Selangor dan KL diharap dapat memandu dengan cermat. Biar lambat asalkan selamat. Jangan lupa BASMALAH dibacakan secara berterusan semasa memandu sepanjang perjalanan. Kami berharap agar kalian semua selamat sampai dan kembali ke tempat masing.. Gunakanlah mutiara ilmu yang diperolehi untuk berkhidmat di tempat asal masing-masing.
KURSUS RAWATAN ISLAM RUQYAH SYARIYYAH
“KAEDAH RUQYAH SYAR’IYYAH ( Modul 7 @
Terakhir KISWAH )”
"Bekam
Sunnah, Rawatan Pinggan Putih, Etika Perawat dan Diskusi Kitab “RAHSIA AIR
JAMPI"
TERHAD kepada 30 orang peserta sahaja terutama yang
pernah menyertai seminar 1,2,3,4,5 dan 6 KISWAH"
Oleh:
PUSAT RAWATAN KISWAH RUQYAH SYARIYYAH
ANJURAN :PUSAT RAWATAN ISLAM KISWAH TERAPI RUQYAH SYARIYYAH
YURAN PENYERTAAAN : RM 80.00 (Kos seminar,
makan, sijil dan rawatan ruqyah untuk peserta). Sila bawa duit lebih untuk
belian set bekam jika berminat.
TARIKH : 10 November 2012 ( Sabtu )
MASA : 8.00 pagi – 6.00 petang
TEMPAT : Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah, No 16,
Tingkat 2, Jalan Ahmad Shah, 28000 Temerloh.
Tentatif program:
8.00: Pendaftaran peserta
8.30: Tajuk 1: Bekam
Sunnah dan adab-adabnya
10.30: Rehat - Minum pagi dan Sesi Maulid serta Solawat
11.00: Praktikal Bekam Sunnah
11.30: Tajuk 3: Kaedah Rawatan Pinggan Putih dan Praktikal.
12.30:
Tajuk 4: Muhasabah Perawat Islam: Kesalahan-kesalahan yang Biasa Dilakukan
Perawat Islam. Etika-etika perawat.
1.10: Rehat – Makan Tengahari dan solat Zuhur
2.00: Sesi Maulid dan Solawat
2.15: Diskusi Buku Perubatan KISWAH: RAHSIA AIR
JAMPI dan Pengijazahan
3.00: Bacaan Ratib al Haddad, Selawat
Azimiyyah dan Selawat Shah Naqshbandi serta Pengijazahan
3.30:
Musyawwarah ahli-ahli Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah
Malaysia (KISWAH)
4.00: Majlis Pengijazahan segala kaedah dan
pengamalan dalam seminar 7
4.30: Solat Asar
4.45: Bacaan Ringkas Sairus Salikin, Maulid dan
Wada’
5.30: Fotografi dan Jamuan Ringan
Pendaftaran melalui SMS:
Sila taip; SEMINAR7, Nama Penuh:__, No.KP:__,
Daerah Hantar ke 0179065131
Cth: SEMINAR7 HAYAT ABD RAHMAN 777777107777
TEMERLOH
Pendaftaran awal amat dialu-alukan demi keselesaan
anda…
Pertanyaan, pendaftaran dan maklumat lanjut sila
hubungi:
017 9065131 ( Ustaz Hayat )
Diumumkan di sini bahawa anda dikehendaki mencar, membeli dan membawa:
1) Satu pinggan putih yang tidak bercorak
2) Debunga za'faran
3) Kayu resam atau apa2 kayu khusus untuk tujuan menulis ayat al Quran
4) Air mawar
5) Bekas pembancuh
Untuk seminar 7 nanti yang akan membincangkan tajuk
"Bekam dan Rawatan Pinggan Putih"
Manakala cup bekam akan dijual di pusat rawatan semasa hari seminar dengan harga RM40.00
Pengijazahan sebaik2nya disertakan dengan alatannya sekali. Barulah sempurna dan menampakkan kesungguhan anda.
Pada seisi petangnya akan diadakan dua slot
1)
Sesi diskusi buku dan pengijazahan " Rahsia Air Jampi" yang akan
dilancarkan pada tarikh tersebut. Insya Allah harga di bawah RM20 (akan
diumumkan nanti)
|
Terbitan keempat "KISWAH PUBLISHING HOUSE" |
2)
Musyawwarah NGO KISWAH; perkembangan terkini. Insya Allah sticker NGO
KISWAH akan dijual dengan harga RM10 satu pada hari seminar. Dijual
kepada mereka yang sudah mendaftar dan mendapat No ahli..
Sekian dimaklumkan.. Allahu Haq! Hidayah Seluru Alam!
Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!
No comments:
Post a Comment