**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

18 November 2012

Ujian dan Ijazah Penuh Perubatan Islam Pertubuhan Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) 2012!

Ahlan Wa Sahlan kepada Semua Yang Terpilih Untuk Menghadirkan Ke Ujian Perubatan Islam NGO Pertubuhan Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH).
Assalamualaikum semua... Alhamdulillah pada malam ni KISWAH dah listkan bakal penerima ijazah pada bulan 12 ni... Kepada sesesiapa yang sudah dihubungi secara personal sila datang pada tarikh yang ditetapkan.. Bilangan kurang dari 10 orang. Jika tidak dipanggil maka, teruskanlah istiqamah dengan program2 NGO KISWAH. 
Insya Allah bila tiba masanya akan dipanggil pula untuk sesi ujian. Walaupun sudah cukup 7 seminar, namun tidak semestinya layak untuk terima ijazah. Banyak kriteria dan syarat yang telah ditetapkan selain hadir 7 seminar... Apapun diizinkan mengamal ilmu yang dapat dari seminar lepas2... Cuma tak dapat ijazah penuh lagi.. Apabila sudah memenuhi syarat barulah KISWAH akan menjemput anda untuk pengijazahan penuh..

  Insya Allah pengijazahan penuh akan diberikan kepada para peserta yang:
 1. Cukup menghadiri 7 kali seminar.
2. Mulazamah dan ber’suhbah’ dengan KISWAH paling kurang dua tahun.
 
3. Nama yang diputuskan oleh jemaah syura KISWAH.

4. Diyakini tidak mencampurkan kaedah ruqyah dengan kaedah2 kebatinan dan perbomohan.

5. Lulus ujian dan tasmi’ ruqyah, doa dan selawat pada satu tarikh yang diputuskan kelak. Mereka yang berkelayakan akan dihubungi oleh pihak KISWAH.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...