**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

11 November 2012

Kenangan Seminar Terakhir KISWAH Modul 7: Bekam Sunnah, Rawatan Pinggan Putih dan Pelancaran dan Pengijazahan Buku Rahsia Air Jampi

Menunjukkan kaedah Rawatan Pinggan Putih

 Assalamualaikum semua..

Alhamdullillah seminar terakhir KISWAH Modul 7: Bekam Sunnah, Rawatan Pinggan Putih, Muhasabah Perawat Islam dan Pelancaran serta Pengijazahan Buku Rahsia Air Jampi berlangsung dengan jayanya berkat keizinan Allah Rabbul Jalil Jua.

Syukur Ya Rabbi seminar yang berlangsung pada 10 Nov 2012 yang lalu menjadi wadah kepada semua peserta khususnya ahli NGO Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) mempelajari ilmu, bersilaturrahmi di dalam atmosfera zikir dan selawat kepada junjungan mulia Rasul Bongsu Nabi Muhammad Sollalahu alaihi wa sallam.

Ustaz Anas mempraktikkan ilmu yang diperolehi
Seminar pada kali ini menyaksikan kehadiran ahli KISWAH dari beberapa negeri seperti Johor, Perak, Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Pahang sendiri. Terima kasih kepada semua yang hadir. Sanggup bersusah payah bermusafir ke teratak KISWAH yang sangat sederhana ini. Saya begitu terharu melihat kesungguhan haji2 yang sanggup datang dari Teluk Intan. Umur yang meningkat tidak menghalang mereka dari menuntut ilmu Allah. Hanya Allah yang mengganjari.

Menunjukkan titik bekam sunnah al Kahil dan al Akhda'ain
Tajuk yang diperbincangkan adalah berkisar kepada bekam sunnah, rawatan pinggan putih berserta praktikal, muhasabah perawat, pengajian kilat buku 'Rahsia Air Jampi', pembacaan Ratib Haddad, Solawat Azimiyyah, Solawat Shah Naqshband dan pengijazahan.  Majlis diselangselikan dengan alunan selawat dan qasidah oleh Mevlevi Dervish Ensemle dan dibantu Al Fadhil Ustaz Nazri al Hafiz dari Pusat Bimbingan al Quran as Syatibi Sg Besar.

Buku Rahsia Air Jampi Keluaran Keempat KISWAH PUBLISHING HOUSE
 Tidak lupa satu mesyuarat ringkas mengumpulkan cadangan ahli diadakan pada sesi petang yang dipengerusikan oleh Ustaz Zul yang merupakan Timb Pengerusi NGO KISWAH dan Cikgu Adib; Setiausaha Agung KISWAH.

Jazilus Syukr kepada AJK ahli keluarga KISWAH khususnya Bro Luqman dan Syihan serta Anas yang bertungkus lumus menjayakan program kali ini.

Menujukkan Air Za'faran hasil kaedah rawatan pinggan putih
Semoga Allah memberkati usaha ini berbekalkan keikhlasan yang mudah-mudahan kami miliki. Amin Ya Rabb...

Ukhuwwah Fillah lestari ke syurga. Credit to Mr Adib 4 the pics..
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...