Hadiah KISWAH kepada Semua Pencinta Rawatan Islam berasaskan Ruqyah Syariyyah |
06 November 2012
Pelancaran Buku "RAHSIA AIR JAMPI" 10 Nov 2012 Pada Seminar 7. Diskusi dan Pengijazahan.
DISCLAIMER
Firman Allah :
42. (Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan
kepadanya): " Hentakkanlah (bumi) Dengan kakimu " (setelah ia melakukannya
maka terpancarlah AIR, lalu Kami berfirman kepadanya): " ini
ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir
dan batin) ".
[Shaad: 42]
Buku ini adalah hasil pengalaman dan pengetahuan saya yang sekelumit
cuma di dalam bidang rawatan Islam. Saya terlibat secara serius di dalam bidang
perubatan Islam ini secara kebetulan dan sehingga kini tanpa disedari telah
berkecimpung di dalam dunia rawatan Islam selama lebih kurang 11 tahun.
Sebagai seorang perawat Islam yang bertugas menangani pelbagai
masalah dan penyakit mistik hampir setiap hari sepanjang tahun; sudah menjadi rutin saya membuat
air ruqyah atau dikenali dalam masyarakat Melayu Islam di negara kita sebagai
AIR JAMPI.
Ini kerana membacakan ayat al Quran terhadap air merupakan anjuran
ulamak dan orang-orang soleh dari dahulu hingga kini.
Buku ini merupakan HADIAH saya kepada penyokong rawatan Islam
berasaskan ruqyah syariyyah umumnya dan anak-anak murid KISWAH khasnya. Saya permudah dan susun kembali koleksi pengajian
di Madrasah KISWAH yang mengambil masa berbulan-bulan lamanya lalu
diterjemahkan dalam bentuk buku yang eksklusif ini bagi memudahkan anda untuk
membuat rujukan.
Saya juga berharap semua ahli Pertubuan Pengamal Pengubatan Islam
Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH) berusaha untuk hadir seminar yang terakhir
KISWAH pada kali ini.
Saya mewakili NGO KISWAH juga memohon infiniti kemaafan kepada
semua peserta seminar dan pesakit serta keluarga yang hadir jika selama ini
terdapat khilaf di kalangan kita.
Semoga menjadi panduan kepada semua para penyokong rawatan Islam
berasaskan ruqyah syariyyah di negara kita.
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Nantikan Kemunculannya, "RAHSIA AIR JAMPI". Keluaran keempat KISWAH
PUBLISHING HOUSE. Diskusi dan Pengijazahan Pada Seminar 7 KISWAH 10
November 2012. Doakan semuanya berjalan lancar...
Hayat al Mevlevi
Pengerusi
Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH)
Labels:
berita,
rawatan islam,
seminar dan ceramah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment