SUMBANGAN KEPADA MADRASAH HASANIAH: ISLAMIC MAYBANK: 155144005138; Ustaz Shahrul Rizal Mohd Sati.
|
Bersama Sh Shahrul yang tawadduk dan banyak ilmunya |
Assalamualaikum semua…
|
Di Madrasah Hasaniyyah sekarang |
|
Menandatangani Buku Pelawat |
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah…
Program ziarah kami ke Tenggaroh Mersing sempena menghadiri kenduri perkahwinan
Ahli Majlis Tertinggi NGO KISWAH di sana Ustaz Azhari Abidin dan pasangannya
Radiah Hassan serta menziarahi al Ustaz as Shaykh SyahrulRizal mudir Madrasah
al Hasaniah berlangsung dengan penuh mahabbah dan keceriaan.
|
Singgah di Pantai Hiburan Rompin |
|
Celoteh Ringkas di Majlis Mawlid Pengantin Perempuan |
Kami bertolak dari Temerloh pada pagi
Jumaat dan singgah Solat Jumaat di Masjid Rompin. Di sana
kami terserempak dengan jemaah Tabligh Iwan (dangdut) yang turut solat di sana.
|
Ziarah ke tapak madrasah |
Kami meneruskan perjalanan dan sampai di
Tenggaroh lebih kurang pukul 6.30 petang dan disambut oleh Shaykh Shahrulrizal
dengan sambutan yang istimewa. Melangkah ke rumahnya sahaja sudah menghilangkan
keletihan safar yang ditanggung. Masya Allah betapa, tuan rumah menyambut dan
melayan kami dengan layanan yang luar biasa.
|
Kedai buku Madrasah |
Kemudian kami dibawa ke Madrasah
Hasaniyyah. Madrasah yang baru setahun beroperasi lengkap dengan maktabah,
studio, tapak penternakan, tapak pertanian dan tapak perkhemahan pelajar ini amat
mengkagumkan kami. Masya Allah usaha dakwah dan tarbiyyah Shaykh Shahrul memang
lain dari yang lain.
|
Ukhuwwah |
Kami dibawa ke tempat penginapan yang
sangat selesa dan sentiasa anak2 murid beliau hadir menyediakan pelbagai
hidangan.
Selepas Isyak kami menghadiri majlis
mawlid dan sedikit tazkirah di rumah pengantin perempuan di Tenggaroh 2. Majlis
diserikan dengan kehadiran Ustaz Zaki at Tijani dan Cikgu Ishak Halus serta
seorang ustaz kenalan mereka.
|
Kolam ikan talapia Madrasah |
Keesokan harinya kami dibawa melawat ke
tapak madrasah yang sedang dalam pembiaan. Kami juga dibawa ke kedai buku,
kilang roti, kedai runcit, kolam ikan dan kebun Madrasah yang semuanya
diuruskan oleh anak2 madrasah. Masya Allah, inilah cara hidup Islam yang
dianjurkan oleh guru2 mulia. Supaya kami istiqamah mengamalkan ajaran Islam dan
segenap aktiviti harian.
Selepas Zuhur, kami berangkat ke kenduri
Ustaz Azhari dan zaujahnya. Syukran wa JazakALLAH kheiral Jaza’ kepada keluarga
pengantin perempuan yang menyambut dan melayan kami dengan layanan yang
istimewa. Malu alah dibuatnya.
Kemudian kami berwada’ dengan Sh Shahrul
dan pengantin lelaki, Ustaz Azhari Abidin. Terima kasih atas sepermukiman yang
sementara di Tenggaroh. Meninggalkan seribu satu kenangan indah dan pengalaman
serta ilmu yang tiada tolok bandingannya..
|
Semoga berbahagia hingga ke Syurga buat Ustaz Azhari dan Zaujah.. |
SUMBANGAN KEPADA MADRASAH HASANIAH: ISLAMIC MAYBANK: 155144005138; Ustaz Shahrul Rizal Mohd Sati.
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
No comments:
Post a Comment