**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

07 January 2013

Ribut Tropika Sonamu Melanda Malaysia.. Doakan Tiada Bala dan Kecelakaan Berlaku... Serta Amalan Rabu Terakhir Bulan Safar




Assalamualaikum semua...

ALERT !!!! ALERT!!!...ALERT!!!...Ribut Tropika Sonamu akan melanda MALAYSIA terutama PANTAI TIMUR...Ia dijangka pada 8 JAN (SELASA)...

Nasihat Ribut Tropika
Di keluarkan pada 08:52PM 06 Januari 2013

Peringkat : Ribut Tropika (SONAMU).
Masa Pencerapan : 8:00 malam, 6 Januari 2013.

Kedudukan : Latitud 7.5 Utara; Longitud 109.3 Timur; kira-kira 472 km ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam.

Pergerakan : Ke arah Barat dengan perlahan.

Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 718 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.

Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan.

sumber : http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1328&Itemid=565&lang=english

Awani Pahang: Semalam ada sidang media dengan pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Pahang di SUK. Maklumat terbaru dari Jabatan Meteorologi, SONAMU akan tiba ke pantai timur mulai 7/8hb dan Pahang akan kena teruk pada 9hb dan 10hb.
Tapi pada 9hb, tak ada berlaku air pasang. Air pasang hanya berlaku pada 10hb. JIKA pada 9hb tu hujan lebat.... 10hb diyakini berlaku banjir besar. Kawasan terjejas teruk ialah di Jerantut, Temerloh, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Sebenarnya semua agensi kerajaan dah bersedia nak hadapi ribut ini. Sebagai contoh di Kerajaan Negeri Pahang saja dah sedia 1 batalion tentera dan TUDM dah standby 3 helicopter. Untuk Pahang, dijangka tahap maksima ribut pada 9hb (Rabu).
Diharap penduduk jauhi aktiviti pantai, kerana ombak dipesisir pantai jangka setinggi 4.5 meter.


Di sini saya terjemahkan tajuk SAFAR al KHEIR dari kitab Futuhat Sh Adnan

TAJUK: SAFAR AL KHEIR...

Merupakan salah satu dari bulan2 sunnah (diisi dengan amalan2 sunnah) dan dinamakan oleh baginda Nabi saw sebagai Safar al Khair ( Safar bulan kebaikan)...

Kebanyakan dari umat2 yang terdahulu dimusnahkan pada bulan ini...

Antara amalan sepanjang hari di dalam bulan ini; dgn niat penjagaan dari mala petaka:

1) Syahadatain 3 kali

2) Istighfar 300 kali

3) Sedekah harian dengan niat supaya terangkatnya bala. Nabi saw pernah bersabda... Sesiapa yang memberitakan kepadaku tentang berakhir bulan Safar, maka disunatkan pada 27 Safar untuk menyembelih haiwan (lalu disedekahkan) ikhlas kerana Allah Taala.

4) al Fil dibaca 7 kali

5) Ayatul Kursiy 7 kali setiap hari.



ADAB RABU TERAKHIR BULAN SAFAR:

1) Syahadatain 3 kali

2) Istighfar 300 kali

3) Ayatul Kursiy 7 kali

4) al Fil 7 kali .... lalu diamalkan secara menyeluruh olehnya diri dan anggota keluarga...


Afdhalnya:

Pada waktu siang Rabu terakhir tersebut janganlan keluar dari rumah.

Kerana Sh Abdullah Faiz ad Daghestani qaddasaLLAHU sirrahu pernah berkata:

" Pada hari Rabu terakhir Safar, akan diturunkan 70 000 bala.... Sesiapa yang menjaga (seperti yang telah disebutkan tadi) insya Allah akan dipelihara Allah Taala...

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...