**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

27 January 2013

Kenangan Mawlid Di Masjid Pangsenam 25 Disember 2013



Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah program Jaulah Sambutan Mawlidurrasul saw di Masjid Pangsenam berlangsung dengan penuh suasana mahabbah dan ceria..


Majlis dimulakan dengan bacaan dan pengijazahan Ratibul Haddad. Solat Maghrib berjemaah. Bacaan Mawlid Daibaie, Tahnik, Tausiyyah oleh Tuan Qadhi Maran Tuan Haji Syarifuddin bin Mohammad. 


Terima kasih kepada pihak Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh yang sudi menjemput kami untuk memimpin bacaan Mawlid Daibaie khususnya kepada Tuan Qadi Daerah Temerloh dan Timb Qadi..

Bersama VVIP
 Terima kasih juga kepada semua ahli Mevlevi Mawlid Ensemble yang berusah payah datang untuk menjayakan misi CINTA kita pada kali ini..



Sesungguhnya kenangan di Pangsenam sama sekali tidak dapat dilupakan.. Susah payah orang kampung dan pengorbanan mereka mudahan diterima Allah sebagai persembahan amalan soleh yang ikhlas kepadaNya..


Terima kasih kepada yang terlibat menjayakan program tersebut.. Bersama-sama menyebarkan CINTA RASUL SAW...


Ini adalah jadual jaulah selepas ini:

Februari:
2 : Sambutan Mawlidurrasul saw di Masjid Gong Halt Kuala Krau.
8 : Sambutan Mawlidurrasul saw di Masjid Desa Purun (Menghala ke Gunung Senyum dari Jalan Bawah Jambatan Temerloh)
9 : Sambutan Mawlidurrasul di saw Madrasah India Muslim (Masjid Lama Mentakab)
15: Sambutan Mawlidurrasul saw di Masjid Kampung Chatin, Mentakab.
16: Sambutan Mawlidurrasul saw di Masjid Desa Bakti Mentakab (Menghala ke Lanchang)
23: Sambutan Besar-besaran Penutup Jaulah Mawlidurrasul saw di Dataran Tok Gajah Temerloh.

Bersama PAID Temerloh

… dan kumpulan Mevlevi Mawlid Ensemble Pertubuhan Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (KISWAH)

Aturcara Majlis:

6.00 petang: Ketibaan orang ramai dan jemputan
6.15 petang: Bacaan Ratib al Haddad
7.15 petang: Solat Maghrib berjemaah
: Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
: Bacaan Ayat-ayat Suci al Quran
: Ucapan Aluan
: Ucapan Perasmian
: Bacaan Qasidah Mawlid ad Daibaie
: Tahnik anak-anak kecil
: Tausiyyah dari penceramah jemputan
: Bacaan Qasidah dan Selawat
: Penyampaian Cenderahati Tokoh Perasmi
: Solat Isyak Berjemaah
: Jamuan Makan dan Bersurai…

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir…


CINTA RASUL MENYATUKAN UMMAH

Allahu ! Hidayah Seluruh Alam!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...