**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

30 January 2013

Kenangan Mawlidurrasul bersama Habib Mahdi dan Al Mawlid di Kg Tekal Pahang

 Assalamaualaikum semua..

Alhamdulillah malam semalam bersamaan 30hb Januari 2013 KISWAH diberi kesempatan oleh Allah untuk menghadiri majlis mawlidurrasul saw di Kg Kuala Tekal Kuala Krau Temerloh Pahang.

Kami sempat mendengar tausiyyah yang amat berharga dari dua orang habib berkenaan kecintaan kepada Rasulullah sollALLAHU alaihi wa sallam.

Apabila bertemu sahaja dengan Amer Munawer terus sahaja terpacul di mulutnya. Ana baru sebut nama inta semalam.... ????..  Rupa2nya semalam mereka bermawlid di Tenggaroh dan bertandang di hadrat sahabat kami Shaykh Syahrulrizal as Syazuli an Naqshbandi serta bermawlid di Pusat Rawatan KISWAH Ustaz Azhari Abidin yang merupakan ketua KISWAH Johor di Tenggaroh...

Saya juga sempat bersembang sedikit sebanyak dengan ahli kumpulan al mawlid yang sangat tawadduk ceria dan bersemangat dalam perjalanan dakwah menyebarkan CINTA RASUL sollALLAHU alaihi wa Sallam..

Saya sempat bersembang dakwah dengan Amer Munawer serta sahabat2 seperjuangan berkenaan dakwah dan pelbagai perkara. Antaranya berkenaan al Marhum Tuanku Shaykh Raja Ahsman yang pernah ditemui beliau. Kebetulan sewaktu Saudara Amer menemui al marhum Tuanku, saya juga berada di zawiyah apda ketika itu. Beliau menyatakan, walaupun perjumpan dengan al marhum sekejap cuma tetapi rasa begitu lama dan dekat di hati. Beliau menyatakan kenangan bersama al marhum begitu harum dan kekal sehingga kini.

Saya menyatakan itulah kami, sentiasa menyambung delegasi perjuangan al marhum. Membawa mesej2 guru tercinta dan menyebarkan nur dan senyuman al marhum kepada  seluruh umat juga mendekatkan para salik Naqshi dengan pada ahbab dan turuq yang lain.

Saya memohon doa mereka agar satu hari nanti, hasrat al marhum untuk membina sebuah zawiyah kayu di negeri Pahang esp Temerloh menjadi kenyataan satu hari nanti...


Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...