**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

24 January 2013

Kenangan Mawlidurrasul SAW KISWAH 1434H

Mambaca Mawlid Daibaie
  Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah thumma alhamdulillah Sambutan Mawlidurrasul saw berlansung dengan jayanya Insya Allah di KISWAH Temerloh malam tadi. Untuk makluman semua majlis di Temerloh ini telah mendapat dustur dan keizinan dari yang mulia guru kami Shaykh Abdul Razak.. Terima kasih guru..

Agenda dan aturcara adalah seumpama yang diajarkan oleh guru2 kami bermula dengan solat maghrib berjemaah, wirid2 selepas maghrib.. Jamuan malam. Solat Isyak, Solat Sunat Syukur dan Tasbih dan diikuti dengan zikir khatam khawajakan, penceritaan kelahiran Rasulullah saw, bacaan mawlid daibaie dan diikuti dengan jamuan sekali lagi.

Saya dengan berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada Timb Qadi Temerloh yang sudi hadir, semua ahli NGO KISWAH, anak-anak murid seramai 4 biji kereta dari KIPSAS, sahabat2 dari Kuantan, Bentong, Johor dan semua hadirin yang dirahmati Allah.

Anak-anak yang paling ceria
Terima kasih juga kepada pembantu yang gigih dan setia Bro Luqman dan Syihan. Khususnya Luqman yang bertungkus lumus menyiapkan tempat program bersama-sama serta mengemas pusat rawatan sehingga hampir jam 4 pagi.


Syukur Ya Rabbi atas nikmat yang tidak terhingga ini.

Saya memohon ampun dari pihak NGO KISWAH sekiranya terdapat kekurangan sama ada di sedari atau tidak sepanjang majlis berlangsung.
e kumpulan mawlid maahad 08

Saya juga berdoa kepada Allah dan memohon agar tuan puan sidang pembanca mendoakan; satu hari nanti mudah2an majlis KISWAH dapat berlangsung di tempat yang lebih selesa. Moga-moga perancangan pembinaan zawiyah kayu Shaykh Raja Ashman menjadi kenyataan satu hari nanti..

Sebarkan Cinta 

Di Ambung Pintu Istana Cinta Rasulullah Sollallahu alaihi Wa Sallam..

Ukhuwwah Fillah Syafaat Ke Syurga..

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...