**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

13 January 2013

Mufti Pahang Penaung Rasmi NGO KISWAH - 13 Januari 2013

KISWAH bersama Mufti Kerajaan Pahang Sohibus Samahah Dato' Haji Abd Rahman bin Haji Osman

Assalamuaalikum semua...
Alhamdulillah wa Syukru Lillah pada tanggal 13hb Januari yang lalu bersempena dengan kedatangan bulan cahaya, bulan risalah, bulan Rabiul Awwal, bulan kelahiran Nabi Muhammad sollALLAHU alaihi wa sallam, dengan rasminya, Mufti Pahang telah bersetuju untuk menjadi penaung rasmi NGO KISWAH.

Perjumpaan santai dgn Sohibul Samahah Dato Hj. Abd. Rahman b. Hj Osman (Penaung) NGO Pengamal Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah KISWAH Malaysia berlangsung di Lebak Cafe Indera Mahkota Pahang. Orangnya sangat tawadduk, ramah dan bersederhana. Tuan Mufti Pahang sudi menjdi penaung NGO Kiswah setelah 'menemuramah' kami selama beberapa ketika.

Pelbagai soalan yang diajukan kepada kami yang tidak kami ceritakan di sini.. Namun beliau memberikan beberapa nasihat dan panduan berharga buat kami antaranya:

  1. Perubatan Islam perlu kebersamaan dalam menjayakan agenda dakwah rawatan Islam kepada umat Islam.
  2. Perawat Islam seharusnya mengetahui sedikit sebanyak berkenaan ilmu kedoktoran moden.
  3. Perubatan Islam seharusnya menjadi rawatan alternatif selepas rawatan moden. Rawatan moden jangan dipinggirkan. Diagnos dan rawat terlebih dahulu dengan rawatan moden kemudian barulah beralih kepada rawatan Islam sebagai alternatif.
  4. Pusat Islam perlu bersatu dan tidak bertelagah.Beliau menyatakan bahawa NGO kami yang berasaskan ruqyah ini adalah NGO Ruqyah pertama di Malaysia di bawah naungan seorang mufti.
  5. Pusat Rawatan Islam perlu diiktiraf dan mendapat tempat di Kementerian Kesihatan Malaysia dan mana-mana pusat rawatan perlu mendapat pengiktirafan dan sijil tersebut.
  6.  Kepentingan ijazah dan sanad dalam mengendalikan rawatan Islam.
  7. Kepentingan amalan kerohanian kepada perawat Islam. Kerana perawat adalah juru doa dan semestinya memerlukan amalan kerohanian dan mutu spiritual yang selayaknya buat seorang perawat, pendakwah dan pendoa,.
 Alhamdulillah Allah telah mengutuskan kami seorang yang alim untuk membimbing pertubuhan kami yang kerdil ini. Saya menyatakan kepada beliau, beliau bukan sahaja menjadi penaung kami, malah sumber rujukan, penasihat dan murabbi kami dalam mendepani cabaran mehnah dan tribulasi akhir zaman..

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...