**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

17 July 2019

Cara Memancing Udang Galah Jenggo Temerloh






*Cara Memancing Udang Galah Temerloh* No 13 Paling Penting!!!
1. Mata kail udang galah jenama Sarawak Size 4.
2. Joran udang / biasa pun boleh
3. Batu ladung 4 / 5 / 6 ikut arus. Batu hidup
4. Umpan perut ayam fresh. Boleh di Pasar Besar Temerloh atau kedai ayam depan SK Kg Tengah Temerloh - Google Maps
5. Perambut benang dalam sekaki - sehasta
6. Cara - Masukkan perut ayam fresh setengah jengkal sepanjang mata kail sampai ke sebahagian perambut.
7. Mata kail dikaitkan lebih kurang seiinci - dua inci dari hujung bawah perut ayam.
8. bahagian atas hendaklah diikat disimpulkan dgn perambut benang itu supaya tak meleret berbuku jatuh di mata kail.
9. Jika ada getuan dan usikan jgn disembat lagi. Tunggu sehingga dirembat kuat seperti baung merembat kuat ( ciri udang galah Pahang makan )
10) Jangan disembat seperti ikan. Garau perlahan2 dgn tenang dan henjut perlahan utk didaratkan.
11) Check umpan setiap 15 hingga 30 minit. Kalau dah habis atau putih perut ayam tersebut. Tukar dgn yg merah dan berjus putih di dalamnya.
12) Tukar spot setiap 30 minit atau sejam jika tiada getuan. Sehingga jumpa 'sarangnya'. Dikatakan udang galah suka duduk di antara arus dan air tenang.
13) Tawakkal ala Allah. Jangan tinggal solat walaupun asyik menjenggo....
Tips oleh:
_Rumah Rakit Kiswah 0179065131 Ustaz Hayat Kiswah_

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...