**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

12 June 2010

9 Perisai Perawat Islam dari Serangan Balas Sihir


PERISAI

Assalamulaikum semua!!!

Sampai kepada saya pelbagai kisah perawat yang terkena serangan balas sihir dan jin setelah merawat... Sebab tu hendaklah kita berhati2 dan jangan terlampau yakin dengan benteng diri sendiri... Kena selalu berjaga-jaga, bersiap siaga dan mengambil langkah preventif dari sebarang gangguan kepada diri dan keluarga jika serangan kepada perawat dan keluarga berlaku..

Antara tips yang saya boleh kongsikan bersama adalah:

1) Memakai ta'weez ( sama ada ayat al Quran, hadis dan nama Allah, pengamalan para sahabat (contohnya Saidina Ibn Umar), nama Anbiya' dan orang soleh) yang telah diberikan oleh guru mursyid anda (jika ada).* Sila rujuk al Usrah al Muslimah- fatwa Dr Wahbah az Zuhaili, Dimasyq, Syria.

2) Menukar baju secepat mungkin setelah rawatan, sebaik sahaja sampai di rumah. Jangan pegang atau bermesra dengan anak dan isteri setelah rawatan sihir, bekam, urut, resdung dan sebagainya kerana wap jin / negatif/ penyakit melekat di pakaian anda.

3) Mandi dengan air ruqyah yang telah dicampur air batu / garam / limau purut / limau nipis sebagai bilasan secepat mungkin. Sebelum minum ambil sesuap air tersebut dan diminum seraya membaca " bismiLLAHillazi la yadurru maas mihi ......". Terus berwuduk dan kekalkan wuduk tersebut sepanjang masa.

4) Solat berjemaah dan jangan tinggalkan wiridnya. Jangan tinggal bacaan " La Ilaha illaLLAH wahdahu la Syarikalah Lahul Mulku Wa lahul Hamdu....." 10 - 100 kali selepas solat Subuh tanpa menukar duduk tahiyyat akhir. Selesai baca baru ubah kaki; duduk secara bersila. Jangan lupa tahajjud!!!

5) Ada zikir tambahan esp zikir tarekat. Jika tiada, bolehlah amalkan mana2 hizib bermula dari Hizib Bahar, Hizib Imam Nawawi dan Ratib Attas terlebih dahulu. Ataupun paling kurang anda boleh juga membaca mathurat....

6) Pakai minyak wangi Rose atau Kasturi sebelum tidur di 32 point dan sapukan juga di pakaian sebelum tidur. Boleh juga sapu di tempat sakit. INI SANGAT MEMBANTU ANDA!!!! (pengalaman saya),

7) Perdengarkan cd ruqyah setiap hari di rumah anda... (pagar diri, keluarga dan rumah) paling kurang satu round sekali sehari.

8) Baca satu sesi ruqyah setiap hari. Pilihlah waktu yang sesuai supaya anda boleh menjazamkan bacaan tersebut di dalam hati sanubari anda. Al Quran pun jangan lupa baca satu juzuk sehari!

9) Doa dan tawakkal kepada Allah Taala dan madad (doa tabarruk) dengan Rasulullah SAW, para solihin dan guru mursyid anda....

Insya Allah akan menjadi perisai dan senjata ampuh untuk anda menghadapi serangan makhluk durjana dari kalangan jin dan manusia..

Selamat Mencuba!!!

Allahu Haq!!! Hidayah Seluruh Alam!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...