**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

23 June 2010

Kajian Kes: Jangan jadikan gangguan dan jin sebagai alasan


Runsing, runsing, runsing.......

Jangan jadikan jin sebagai alasan....

Sikit2 jin sikit2 jin.... sikit2 jin..... Malas belajar bagi alasan sebab gangguan jin.. Tak sekolah berbulan-bulanlamanya; semuanya sebab salah jin... Malas kerja dan menyara keluarga pun salah jin..

Semenjak dua menjak ni saya banyak dikunjungi oleh pesakit yang mendakwa tidak bersekolah berbulan2, takde semangat nak belajar dan motivasi untuk bekerja menyara keluarga dan berbakti kepada keluarga disebabkan gangguan makhluk halus...

Apabila diruqyah dan dirawat... hmmm lain pula ceritanya..... Dari petanda yang ditunjukkan, kemungkinan besar tiada gangguan yang terdapat dalam tubuh pesakit..SIHAH WAL AFIAH... Ramai ibu bapa yang membawa anak2 bermasalah untuk ke sekolah kerana didakwa mempunyai gangguan sebenarnya; tiada gangguan pun yang mengganggu pesakit...

Terkadang saya berfikir..... berdasarkan pengalaman saya merawat sekelumit cuma ini...... terlalu banyak orang yang beralasan "ahhhh... ini semua salah jin / sihir la aku tak solat / tak puasa / tak kerja nak sara anak bini, tak sekolah berbulan-bulan ... macam ni.. semuanya salah sihir dan jin yang ganggu aku..." sebagai alasan untuk menutup KEMALASAN mereka.................

..padahal apabila dirawat tiada satu pun tanda gangguan ada pada mereka....

....walaupun tak dinafikan ramai yang terganggu proses pembelajaran dan pekerjaan mereka disebabkan gangguan makhluk halus.... namun ramai juga yang mempergunakan isu dan alasan ini untuk membela kemalasan dan lepas tangan mereka...

Sekadar satu renungan.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...