**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

07 June 2010

Kenangan indah di Seminar Bandar Puteri Klang.


Ukhuwwah fiLLAH abadan abadaa.. Ukhuwwah filLAH Lestari Selamanya....

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah dengan izin Allah, seminar di Klang beberapa hari yang lalu menggamit kenangan yang amat manis buat kami warga KISWAH Ruqyah Syariyyah...

Rombongan dari KISWAH Pahang yang disertai 3 buah kereta bertolak dari Temerloh lebih kurang pukul 7 malam dan sampai ke Klang hampir tengah malam....

Kedatangan kami disambut meriah oleh warga KISWAH Klang diketuai oleh Saudara Zailan. Masya Allah .. layanan yang diberikan amat mengharukan....

Kami tidur di pusat rawatan Klang dan saya tidak boleh tidur mengenangkan seminar keesokan harinya; bagaimana ye sambutannya....

Pada hari yang dijanjikan, seramai hampir 50 orang peserta bertandang ke KISWAH Klang bagi memeriahkan seminar yang serba kekurangan ini. Bukan sekadar peserta dari Semenanjung yang hadir malah peserta dari Sabah dan Sarawak turut memeriahkan pusat rawatan Klang ini.

Seminar berlangsung dalam serba kekurangan (memandangkan tempat agar sempit dan sedikit kepanasan) tetapi meriah dengan bibit-bibit warna warni ukhuwwah sesama urusetia dan peserta. Difahamkan ramai graduan dari Darul Syifa', Akrine, TIAF, RIDAM, Sinar Zamdurrani, TAQ Darul Hikmah dan sebagainya yang hadir untuk bertukar-tukar pengalaman.

Alhamdulillah, seminar berlangsung dengan baik dan tidak ada perkara yang sensitif dibangkitkan. Seminar bertambah meriah dengan pelancaran CD Ruqyah Syariyyah KISWAH dan sambutan Maulidur Rasul saw yang dipimpin oleh Us Hayat dan Saudara Zailan.

Sesi petang mencatatkan corat coret pengalaman perubatan yang mendebarkan apabila simulasi perubatan ruqyah syariyyah beramai-ramai bertukar agak gawat dan panas apabila ada peserta yang menunjukkan tindak balas agresif dengan bacaan ruqyah yang dibacakan oleh Us Hayat. Tidak kurang juga yang sakit2 badan dan muntah2 sepanjang rawatan diadakan.

Seminar diakhiri dengan slot pengijazahan rawatan Islam melalui ruqyah, selawat dan hizib yang bersanad daripada Tuanku Sheikh Raja Ashman. Peserta dianugerahkan dengan sijil pengijazahan menandakan kepercayaan KISWAH kepada mereka untuk menggunakan ilmu2 yang didapati seadanya.

Majlis ditutup dengan solat asar berjemaah dan majlis wada' sambil semua peserta dan urusetia berpeluk2an menandakan kasih sayang akan lestari selamanya walaupun berpisah selepas ini....

Kami bertolak pulang pada pukul 11 malam dan singgah di Syeksen 7 Shah Alam dan kemudian menyambung perjalanan ke Temerloh dan sampai pada pukul 3 pagi...

Terima kasih semua peserta seminar! Jangan serik lagi untuk menyertai seminar KISWAH modul kedua pada akhir bulan 7 nanti dengan tajuk:

"KELUARGA BAHAGIA BEBAS SIHIR DAN PENDINDING DIRI"

-yang akan membincangkan berkenaan andartu, mandul, anak nakal, anak lari, perceraian dan pendamai rumahtangga dan pendinding diri serta keluarga*

Jumpa di sana nanti!!!! ( Insya Allah di tempat yang lebih selesa)

Allahu Haq!!! Hidayah Seluruh Alam!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...