**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

01 June 2010

Tips dan Formula Keluarga Bahagia


Assalamualikum semua.. Ini adalah sebahagian pengisian kertas kerja Seminar Rawatan Islam: Keluarga Bahagia Bebas Sihir dan Gangguan Makhluk Halus di Raub tempoh hari...


Pendamai rumahtangga:

1) Selalu solat berjemaah bersama dan berdoa bersama untuk kesejahteraan rumahtangga.

2) Selalu baca al Quran bersama.

3) Selalu menghadiri majlis ilmu, majlis zikir bersama serta mempunyai guru rohani untuk keluarga.

4) Selalu makan bersama di rumah bersama. Makan masakan isteri dengan air tangannya sendiri. Jangan terlampau kerap makan di luar.

5) Sentiasa mengucapkan kasih sayang dan bertolak ansur.

6) Selalu meminta maaf atas kesalahan.

7) Menjadikan setiap malam yang berlalu sebagai malam pertama dalam perkahwinan.

8) Selalu saling memberi hadiah. Khususnya pada ulang tahun perkahwinan dan ketika mendapat cahaya mata.

9) Sebolehnya anak jangan dipeihara oleh orang lain.

10) Jangan memandang lelaki / perempuan lain yang bukan pasangan anda.

11) Sebolehnya isteri bekerja di rumah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...