**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

21 June 2010

Kisah Rawatan Sihir: Diganggu kerana memiliki barang sihir.







Gambar barang2 sihir yang didapati dari bomoh dan digunakan di dalam pemujaan. Keris, batu geliga, cincin, batu cincin, cincin, Al Quran kecil, duit rupiah, wafaq, tangkal,kemenyan, minyak wangi dan kain kuning.

Assalamualaikum semua pengikut blog yang dihormati.
Kali ini saya akan bercerita berkenaan satu keluarga yang diselubungi misteri sebaik sahaja memiliki barang2 sihir dan si suami mula bertandang ke rumah bomoh...

Mereka datang ke pusat rawatan setelah si suami mengadu sakit-sakit badan, tidak mempunyai motivasi untuk bekerja dan selalu berkelahi suami isteri dan hampir bercerai berai. Si isteri juga mengadu sakit-sakit badan dan terkena gangguan.

Kisah bermula apabila mereka mula bertandang berjumpa bomoh setelah isteri mula sakit dan mencari tempat untuk berubat.. Bomoh berkenaan membekalkan kepada mereka tangkal2 yang pelik dan macam2 barang lain.

Bertitik tolak dari situ si suami cukup obses dengan benda2 mistik dan suka mengumpukan barang2 lama. Hidupnya mula diselubungi misteri apabila dikatakan boleh menarik barang dari dunia ghaib dengan cara mendapat mimpi bahawa makhluk halus datang dan memberitahu di mana hendak mendapatkan barang2 tersebut dan ternyata dia menjumpainya.

Hari berganti hari, si suami sentiasa terjumpa 'benda2 ghaib' seperti keris, cincin dan sebagainya.

Sejak hari tu kehidupan rumahtangga mereka menjadi tunggang terbalik. Maka mereka pun datang menemui saya untuk mendapakan rawatan. Saya memberi syarat bahawa barang2 tersebut hendaklah diserahkan kepada saya untuk mematikannya dan diserahkan terus kepada saya... Namun si suami masih sayangkannya... Saya kata nak balik boleh.. tapi keesokan harinya selepas saya mematikan barang tersebut dengan air ruqyah.

2) Kisah dua... pada hari yang sama membawa barang2 pelik.

Seorang isteri kedua yang sering ditinggalkan suami kerana bekerja di Indonesia sentiasa menderita sakit misteri dan seisi keluarganya melihat lembaga2 menakutkan di dalam rumah... Dilaporkan juga bahawa suaminya sering membawa barang2 pelik dari Indonesia yang didakwa diberikan oleh Kiai2 di sana.

Dipendekkan cerita si isteri datang ke pusat rawatan sebanyak dua kali untuk rawatan dan menangis teresak2 ketika diruqyah.... Saya menyarankan agar dibawa barang2 suami untuk dimatikan oleh saya... takut menjadi punca gangguan lembaga di dalam rumah mereka.

Keluarga dilaporkan semakin sembuh......

CERITA SAYA:

Kaedah yang saya gunakan untuk mematikan barang2 tersebut adalah membacakan ayat2 ruqyah kepada barang2 sihir tersebut dan direndam di dalam air ruqyah bercampur garam semalamam...

http://www.rawatanislam2u.com/2010/02/kaedah-mematikan-barang-sihir.html

Nak dijadikan cerita... pada waktu kelas perubatan KISWAH pada malam harinya... pusat rawatan saya berbau sangat busuk yang datang dari barang2 tersebut yang masih direndam dengan air ruqyah di pusat rawatan saya... bau hanyir darah yang memualkan.. boleh jadi bau kemenyan dan minyak wangi yang macam2 yang direndam sama kot... :) maka busuklah jadinya...

Keesokan harinya, sebahagian barang tersebut diambil oleh pesakit terbabit kembali (untuk apa saya tak tahu) dan selebihnya saya buang begitu saja...

MORALNYA:
Jangan obses kepada barang dan dunia mistik.... nanti hidup anda diselubungi misteriiiiiii....

1 comment:

  1. kaedah lain rendam dalam air beras dan 2 sudu garam plus ayat2 tertentu semalaman dan kemudian ditanam dalam tanah - bagi meneutralkan unsur2 negatif pada sesuatu barangan itu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...