**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

03 June 2010

Jangan Lupa Seminar di Klang Esok!!!

Assalamualaikum semua khususnya yang telah mendaftar untuk seminar di Klang esok.

Harapan saya kepada semua yang telah mendaftarkan diri dengan pihak penganjur; Pusat Rawatan Ruqyah Syariyyah Klang agar dapat menghadirkan diri anda esok.

Ini kerana pihak penganjur telah menyediakan pelbagai persediaan mengikut bilangan yang telah berdaftar sebelum ini.

Sebarang ketidakhadiran membawa kerugian kepada pihak penganjur!

Sekiranya anda tidak dapat hadir, apalah kiranya anda memaklumkan kepada Saudara Zailan tentang keuzuran tersebut di talian 018 2027559.

Alhamdulillah seminar kita pada kali ini dirancang agar lain dari yang lain. Selain berseminar dan berkongsi ilmu, anda juga boleh mengikuti seisi rawatan semasa seminar dijalankan serta akan diselangselikan dengan selawat dan qasidah bagi menambahkan kemeriahan + keberkatan majlis ini.

Insya Allah, qasidah dan maulid akan menjadi trademark seminar kami pada masa2 yang akan datang...

Semoga Allah memberi kejayaan kepada seminar ini berkat doa guru2 kami dan anda semua yang budiman.

Terima kasih atas sokongan anda selama ini. Saya dengan rendah diri benar2 menghargai keprihatinan anda selama ini kepada pihak KISWAH....

Allahu Haq!!! Hidayah Seluruh Alam!!!

Wassalam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...