Hari2 terdapat laporan pesakit kerasukan ketika mendengar CD Ruqyah
Assalamualaikum semua!
Disebabkan terlalu banyak panggilan kepada pihak kami, pendengar kerasukan setelah mendengar cd ruqyah KISWAH, maka dengan ini saya sertakan langkah2 yang perlu diambil oleh ahli keluarga kepada pesakit yang kerasukan:
2) Sekiranya rasa hendak pitam, khayal, mabuk dan pengsan, maka dianjurkan supaya anda berbaring secara melunjurkan kaki dan cuba untuk berehat serta tidur, namun teruskan memasang cd.
3) Sekiranya anda berasa hendak marah, mengamuk, histeria dan bersilat sebagai contoh, maka hendaklah anda berwuduk terlebih dahulu dan berwuduk serta solat hajat dua rakaat supaya Allah Taala menghilangkan gangguan tersebut... Setelah reda, teruskan mendengar cd tersebut!
4) Sekiranya pesakit kerasukan secara tiba2, ahli keluarga yang berhampiran hendaklah mengambil inisiatif melaungkan azan di telinga pesakit sekuat mungkin sambil mengarahkan gangguan tersebut keluar dari tubuh badan. Panggillah nama pesakit perlahan-lahan untuk menyedarkan pesakit kembali.
5) Sebagai tambahan, ahli keluarga pesakit hendaklah menepuk2 belakang pesakit iaitu antara dua tulang belikat (kipas) dan sekitar tulang belikatnya secara sederhana kuat berkali2 sambil membaca ayatul kursiy.
6) Sarankan pesakit supaya mengambil wuduk atau mandi bagi 'menyejukkan' gangguan tersebut buat sementara waktu. Rehat dan apabila sudah bersedia kembali, dengar semula cd terbabit.
7) Sekiranya kerasukan demi kerasukan berlaku sehingga tempoh beberapa hari sebaik sahaja mendengar cd tersebut... adalah dinasihatkan agar pesakit terus dibawa berjumpa perawat pusat rawatan Islam yang muktabar bagi mendapat rawatan yang lebih (proper) sepatutnya...
p/s: Kesimpulannya jangan takut untuk berikhtiar kesembuhan dengan cd ruqyah KISWAH.. Sebenarnya simptom2 tersebut adalah petanda baik untuk proses penyembuhan.. Tabahkan hati dan tawakkal ala ALLAH!!!
Wassalam:
Jika ada masalah. Segera hubungi:
Us Hayat ( 017 9065131)
En Zailan (018 2027559)
CDRUQYAH
No comments:
Post a Comment