**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

26 June 2011

Kenangan Ceramah Histeria 24 Jun di UiTM Jengka








Assalamualaikum semua..


Tanggal 24 Jun yang lalu bersamaan Jumaat malam Sabtu, saya dan KISWAH telah dijemput untuk memberikan ceramah bertajuk “HISTERIA” oleh pihak UiTM Jengka..



Ceramah ini adalah bersempena carnival mahasiswa yang dianjurkan oleh pihak UiTM. Secara kebetulan pula ceramah ini diadakan sehari selepas lebih kurang 8 orang pelajar UiTM diserang hysteria di dalam majlis yang dihadiri Dato Rektor UiTM.


Saya bertolak dari Temerloh selepas Asar bersama cucu pengasas pondok Pangsenam Tuan Guru Hj Abd Rahman, Us Ahmad Tijani yang merupakan anak kepada mudir pondok sekarang dan SMA Al Khairiah Temerloh Us Anuar…


Setelah menjemput Us Tijani saya kami ke PR untuk mengambil barang2 jualan. Pembantu saya Syihan turut serta dalam ceramah ini.


Kami sampai ke UiTM tepat pada waktu Maghrib dan menunaikan solat berjemaah.


Majlis bermula pada pukul 9 malam dan saya diperkenalkan kepada Tuan Dato Rektor dan VIP yang lain..


Alhamdulillah pengisian dalam bentuk soal jawab bersama maderator ini banyak memberi input yang berguna kepada warga UiTM Jengka.


Majlis ditutup dengan soal jawab dan jamuan oleh penganjur. Saya sempat berbual dengan Dato berkenaan insiden HISTERIA yang terjadi di UiTM.


Selepas itu, saya mengambil peluang meruqyah bahan makanan sunnah yang dibeli siswa dan pensyarah di situ..


Kami bertolak pulang dan saya sampai di rumah lebih kurang pukul 2.30 pagi..


Di kesempatan ini saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur dan UiTM umumnya kerana memberi peluang kepada saya untuk berkongsi sedikit maklumat dan pengalaman berkenan Histeria dan gangguan makhluk halus..


Semoga Dakwah Tersebar!.. Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...