**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

27 June 2011

Kenangan Kelas Tafaqquh dan Sambutan Isra' Mi'raj KISWAH








Assalamualaikum semua...

Pada hari Sabtu lalu bertempat di PR KISWAH Temerloh telah diadakan praktikal, kelas tafaqquh dan sambutan Isra' Mi'raj peringkat KISWAH.

Pada kali ini majlis dihadiri oleh wakil Jemaah Usrah Ruqyah Syariyyah (JURUS) Sg Besar dan Teluk Intan di bawah pimpinan Us Nazri as Syatibi al Hafiz dan anak2 murid dari Bentong, Kuantan dan Temerloh.
SESI PETANG:

Sesi rawatan praktikal yang dikendalikan oleh pelatih2 KISWAH. Alhamdulillah menunjukkan peningkatan. Kelihatan haji2 yang berumur senior gigih merawat walaupun keletihan akibat perjalanan yang jauh dari teluk intan. TAHNIAH!

Rawatan juga menyaksikan berbelas2 pesakit yang dirawat malah ada yang bersilat dan berdialog bahasa seberang... Alhamdulillah rawatan berjalan dengan lancar

SESI MALAM:

Antara perbincangan malam itu adalah:

- Keistimewaan bulan Rejab dan penjelasan hadis berkenaan Rejab bulan Allah dari kitab Hidayatus salikin; Sh Abd Samad al Falembani

- Muzakarah berkenaan hikmah dan peristiwa isra' dan mi'raj yang diberikan oleh setiap ahli kelas tafaqquh.

- Perbincangan rawatan:
- Hidung berdarah dan luka; rawatan dan bacaan al Quran yang berkenaan
- Pekak dan telinga berdesing
- Bisu
- Rawatan sakit mata
- Rawatan dengan menggunakan ismullALLAH al A'zam

- Sesi makan berjemaah sambil berukhuwwah
- Sesi fotografi
- Setelah rombongan JURUS balik, majlis diteruskan dengan majlis maulidur rasul saw...

Alhamdulillah program berlangsung dengan jayanya... pada kali ini kelas ada pertambahan ahli iaitu Mohd Munzir pelajar UMP.

Jika ada yang berminat menyertai saya silalah call atau sms..

Kelas akan berlangsung pada waktu2 yang saya akan tetapkan nanti.

Terima kasih atas kehadiran semua..

Jumpa lagi di kelas akan datang..

Insya Allah kita akan adakan ifthar dan solat terawih bersama di PR nanti...


Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

p/s berikut adalah qasidah2 yang dibacakan sekadar yang kami mampu.. Maklumlah serba kekurangan dan tiada latihan...

Qasidah Bagaimana Mungkin Kupuji:




Qasidah Khairil Anam




Solawat Badariah




Thalama




Ya Arhamarahimin



Semoga Allah memurnikan niat kami dan menerimanya sebagai persembahan amalan soleh khas kepadaNYA. Amin ya Rabb!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...