**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

20 June 2011

Kenangan Seminar 3 Masjid Batu 10 Kuantan 19 Jun



Cikgu Adib berqasidah; Thalama Asyku.. Semasa Seminar 3 KISWAH Ruqyah di Masjid Batu 10 Kuantan, 19 Jun 2011!










Assalamualaikum dan salam CINTA untuk semua..

Alhamdulillah seminar 3 di masjid batu 10 kuantan berlangsung dengan jayanya dengan IZIN ALLAH jua..

Pada kali ini peserta seminar mencecah ke 40 lebih orang. Alhamdulillah.

Seminar 3 pada kali ini mengupas tajuk perihal santau, saka, susuk dan amalan selusuh dan permasalahan ibu mengandung...

Sabtu Malam Ahad 18 Jun 2011:

Saya sekelurga dan dua pembantu saya Syihan dan Wan bertolak dari Pusat Rawatan selepas Isyak. Kami agak kelihatan kerana rawatan pada hari itu berlanjutan sehingga waktu Maghrib.

Kami berhenti untuk membeli sedikit makanan kerana Syihan melaporkan perutnya lapar. Kami meneruskan perjalan untuk bermalam di rumah Cikgu Adib di Taman Sri Mahkota Batu 12 Kuantan.

Sesampainya di sana kami dijamu Cikgu Adib dan Haz.... Kemudian berehat dan tidur.


Ahad 19 Jun 2011:

Kami bertolak ke masjid batu 10 setelah bersarapan di rumah cikgu Adib.. Ustaz Khairul dan Ustaz Fahmi serta ajk menjalankan tugas dengan bersungguh2 bagi menjayakan program kali ini..Kali ini ahli keluarga KISWAH yang hadir adalah Ir Kamarul Azli, Anas Dinar@ Karkun dan Azizan Jengka 23. Alhamdulillah seminar berlangsung dalam suasana harmoni dan mahabbah.

Seisi pagi: pengisian

Sesi petang: Simulasi rawatan dan sesi ruqyah peserta seminar, bacaan selawat dan qasidah serta hizbul bahr lalu diakhiri dengan pengijazahan amalan2 dan bacaan yang dikongsi sepanjang seminar.

Saya telah mengumumkan bahawa KISWAH akan melancarkan "JEMAAH USRAH RUQYAH SYARIYYAH KUANTAN" (JURUS) di bawah pimpinan Cikgu Adib dan Ir Kamarul supaya segala ilmu yang didapati semasa seminar mempunyai kesinambungan seterusnya menjadi wadah mempraktikkan ilmu yang dipelajari di dalam seminar... Aktiviti JURUS ini juga adalah untuk mengumpulkan ahli ruqyah syariyyah KUANTAN untuk berombongan ke KISWAH Temerloh bagi menghadiri kuliah tafaqquh saban bulan..

Jika ada peserta seminar yang berminat boleh hubungi:

Cikgu Adib:0197778604

Ir Kamarul: 0126648861

Solat Asar dan kemudian wada' bersama Imam Khairul Bilal Fahmi dan ajk.

Kami berehlah sebentar merehatkan minda..

Kemudian kembali ke rumah cikgu adib dan agenda malam hari kami adalah MAKAN BESAR...

Isnin: 20 Jun:

Selepas bersarapan... 10.20 pagi kami bertolak pulang ke Temerloh. Pusat Rawatan tidak dibuka pada hari ini kerana kesemuanya KELETIHAN;..

Rawatan akan bermula esok..

TERIMA KASIH KEPADA KESEMUA AJK YANG TERLIBAT MENJAYAKAN SEMINAR KALI INI KHUSUSNYA IMAM KHAIRUL DAN SEMUA AHLI KELUARGA KISWAH YANG HADIR!

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...