**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

05 June 2011

Dedikasi buat Us Shami Husin



Ukhuwwaf fiLLAH lestari selamanya...


Ukhuwwah fiLLAH abadan abadaa.

Assalamualaikum semua,

Ini adalah gambar majlis wada' saya dan KISWAH bersama Shami Husin yang telah berkhidmat dengan dedikasinya selama lebih kurang 3 bulan.

Majlis yang diadakan secara sederhana bersempena pemergian Shami yang akan melanjutkan pelajaran ke jurusan Syariah Islamiah di Insaniah Alor Setar Kedah.

Majlis ini juga adalah sempena makan besar bulanan PR KISWAH yang diadakan setiap hujung bulan sesama ahli keluarga KISWAH. Ini merupakan rutin bulanan saya dan pembantu2 saya untuk mengeratkan hubungan sillaturrahmi.

Kepada Shami khasnya dan rakan2 seperjuangan lain umumnya. Diri ini tidak pernah menganggap kalian semua sebagai pekerja; malah kalian semua di sisi saya merupakan pembantu, anak murid, rakan seperjuangan dan teman 'for shoulders to cry on' buat saya..

Kenangan saya bersama Shami tidak akan saya lupakan... Begitu juga dengan bekas pembantu2 saya di KISWAH seperti Syed Khairuzzaman, Kahafi, Farhi, Muhaimin dan semuanya tidak akan saya lupakan...

Buat sementara waktu ini, PR KISWAH di Temerloh dibantu dua rakan seperjuangan iaitu Akhi Syihan Zaik dan Wan; pelajar KIPSAS yang sedang bercuti yang akan menamatkan perkhidmatan sebulan lagi apabila sem baru bermula...

Kepada semua anak2 murid saya di Universiti sekarang; sama ada ex Khairiah, Maahad SAS dan di mana sahaja... Kalau tiba cuti2 sem helo helo lah ustaz. Boleh berkhidmat di PR. Sambil merawat berkhidmat kepada masyarakat sambil belajar merawat dengan menggunakan teknik ruqyah seperti yang dilakukan oleh Wan dan Farihi...

Terima kasih anak2 murid ustaz yang TERCINTA...

Semoga Allah memelihara ukhuwwah kita sehingga lestari selamanya menjadi SYAFAAT ke SYURGA...

Allahu Haq ! Hidayah Seluruh Alam!

Pembantu saya yang saya sayangi dan hormati, Syihan dan Shami.. Syihan terus berkhidmat.. dan Shami akan menyambut perjuangan di Kolej Universiti INSANIAH Kedah dalam bidang Syariah Islamiyyah; tempat saya mengaji dahulu. Syihan dan Shami dua best friend berjaya mengalirkan air mata jantan mereka yang sejati pada malam tersebut!!!


Berkasih sayang @ berukhuwwah kerana Allah membawa ke SYURGA.. Amin Ya Rabb!

Cenderahati dari Ustaz dan Kak Mul kepada Shami... Kenangan bersamamu tidak akan dilupakan. Shami berjanji satu hari nanti selepas lulus nanti akan berkhidmat di KISWAH.. Insya Allah. Ramai anak2 murid saya yang melahirkan hasrat untuk berkhidmat di KISWAH apabila telah mendapat ijazah nanti. Tidak ketinggalan pelajar2 tahfiz Kota Tinggi pun ada menyatakan hasrat tersebut. Insya Allah....



Ukhuwwah fiLLAH abadan abadaa....
Ukhuwwah filLAH lestari selamanya!

Insya Allah satu hari nanti Shami akan berkhidmat terus dengan KISWAH apabila telah tamat pengajian nanti.. Banyak lagi projek2 mega yang akan menyusul nanti.. DOAKAN!

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...