**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

07 July 2011

Sambutan Nisfu Sya'ban Peringkat KISWAH 16 Julai

Assalamualaikum semua!

Di sini ada satu pengumuman kepada semua ahli kelas tafaqquh KISWAH, Jemaah Usrah Ruqyah Syariyyah (JURUS) seluruh negara dan sesiapa yang berminat.

KISWAH akan menganjurkan

SAMBUTAN NISFU SYAABAN dan TAFAQQUH

pada ketetapan berikut:

16 Julai 2011

Sabtu Malam Ahad

Bermula Solat Maghrib - 12 malam


Pengisian:

Solat Maghrib
Bacaan 3 kali Yaasin dan Doa Nisf Syaaban
Solat Isyak
Zikir khatam saghir
Kelas tafaqquh perubatan Islam
Maulid
Jamuan ringkas

... dan team KISWAH akan bertolak ke Kuantan selepas program kerana keesokan harinya akan diadakan seminar di Hospital Besar Kuantan.

Sesiapa yang ingin hadir sahkan kehadiran anda dengan menghubungi saya....


Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!


SELINGAN:

Sama2 kita mendengar Qasidah HUWAANNUR:


Qasidah Huwannur: [Petikan syair pada buku maulid As-Simthu Ad-Durar, karya Al-Habib Ali bin Muhammad Alhabsyi]






Terjemahan qasidah huwaannur: sumthu ad durar: al Habib Ali bin Muhammad al Habsyi

Terjamah Qasidah "BAGINDALAH CAHAYA"

{Bagindalah cahaya,
Menerangi semua,
Para nabi semuanya,
Di bawah panji-panjinya,

Terpisah kau dari diri,
Sesak ku dalam rindu,
"Sahutlah jeritan ini,
Ku seru setiap penjuru," 2x}
__________________________________________

Setiap waktu derita,
Penawarnya hanya kamu,
Hebatnya penawarnya,
Dengan ingat padamu,

Kalaulah kau tahu,
Seksanya rindu ini,
Ubatnya hanya satu,
Bertemu kekasih hati, ^

Yang bertemu dahulu,
Sebelum diriku ini,
Sampaikan indah salamku,
Kepada kekasih hati,


Keindahan dirimu,
Kaki yang mempesona,
Inikan pula wajahmu,
Ketika memandangnya,

Sembunyi telah kucuba,
Cintaku kepadanya,
Namun kian gelora,
Cintaku kepadanya, ^

Ya Allah muliakan kami,
Melihat kekasih kami,
Nanti kan tersuci,
Karat di hati kami,

Selawat ke atasnya,
Cinta hati kami,
Kabulkan dambaan kami,
Bertemu dengan dirinya, ^

[Petikan syair pada buku maulid As-Simthu Ad-Durar, karya Al-Habib Ali bin Muhammad Alhabsyi]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...