**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

17 July 2011

Kenangan Sambutan Nisfu Sya'ban





Sambutan Nisfu Syaaban yang diceriakan dengan warna warni mahabbah dan ukhuwwah fiLLAH.... Ukhuwwah fiLLAH Lestari Selamanya!!!



Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah, sambutan nisfu syaaban (dengan bacaan Yaasin 3 kali; bukan hanya ceramah!), tafaqquh, maulid dan reunion maulid maahad berjaya dilangsungkan dengan jayanya berkat rahmat Allah jua...

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan infiniti TERIMA KASIH kepada semua ahli kelas yang hadir; dekat dan jauh dan juga teristimewa buat semua anak2 murid di dalam kumpulan maulid maahad yang sanggup datang untuk reunion pada malam tersebut...

Hampir 20 lebih hadirin yang menyertai program pada hari yang penuh warna warni mahabbah dan ribath ukhuwwah fiLLAH tersebut!

Terima kasih dan tahniah juga kepada bidadari tercinta yang bertungkus lumus menyediakan hidangan dari siang hingga ke malam seorang diri pada hari tersebut... Perjuangan seorang mujahidah di samping suami tercinta... :)

Majlis bermula dengan tazkirah berkenaan sambutan nisfu syaaban, bacaan Yaasin 3 kali, kelas rawatan Islam; teknik rawatan dengan Yaasin, rawatan sakit mata, sakit dada, sakit telinga dsb, solat berjemaah, zikrulLAH dan maulid.

Majlis diakhiri dengan jamuan dan sesi fotografi...

Syukur Ya Allah atas kesempatan yang diberikan ini!

Allahu Haq! Hidayah seluruh alam!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...