10 July 2011
Kenangan Seminar di Maahad Tahfiz Kuantan
Assalamualaikum semua!
Alhamdulillah seminar di Maahad Tahfiz Negeri Pahang berlangsung dengan jayanya..
Seminar yang disertai lebih dari seratus orang pelajar banin dan banat; dari tingkatan 1 sehingga pelajar Diploma mendapat respond yang baik dari pentadbiran, tenaga pengajar dan peserta.
Seminar yang dianjurkan oleh MPP MTNP diilhamkan oleh anak murid saya yang memegang jawatan lajnah tarbiyyah di situ iaitu Us Anas Amri. Beliaulah figure utama yang menjayakan program pada kali ini.
Saya sekeluarga dan dua pembantu kesayangan, Sdr Syihan dan Us Sufian Nahar USIM ke Kuantan sehari lebih dan kami menumpang di rumah Cikgu Adib dan Dr Haz sekali lagi. Layanan yang diberikan adalah AMAT ISTIMEWA>.. terima kasih Adib, Haz dan Isha...
Pada hari yang dijanjikan; saya, Syihan, Us Sofian, Us Wan KIPSAS, dan Cikgu Adib bergerak menuju ke Maahad. Sesampainya di sana Us Anas dan Ir Kamarul sudah menunggu.
Seminar bermula hampir pukul 9 pagi dan seisi pagi di isi dengan pengisian2 berkenaan rahsia alam jin dan asas perubatan Islam. Pengarah Maahad Tahfiz Dato Zulkifli al Hafiz dan isteri berkenan menjengah seminar kami pada sesi pagi
Pada waktu petang; modul ditumpukan kepada praktikal, simulasi, bacaan hizib bahar dan selawat2 pilihan.. Rawatan beramai2 menyaksikan ada pelajar2 Tahfiz dikhuatiri mempunyai gangguan dan saranan saya; maklumkan kepada ibu bapa dan bawalah ke pusat rawatan ruqyah yang berdekatan... Seminar diselang selikan dengan koleksia selawat dari team CINTAKASIH RASUL KISWAH.
Seminar berakhir pada waktu Asar.
Saya dimaklumkan oleh oleh Us Anas, seminar pada kali ini mendapat feed back yang baik dari tenaga pengajar dan para pelajar. Alhamdulillah.
Selepas wada', kami ke Pantai Sepat yang berdekatan untuk sesi rekreasi minda.. dan kemudian pada malamnya, ahli keluarga KISWAH di Kuantan berkumpul di Ana Petai Tanjung Lumpur untuk makan malam ukhuwwwah...
Malam yang kedua kami bermalam lagi di rumah Cikgu Adib dan Haz.
Ahad: Tengahari; kami semua bergerak menuju rumah Ir Kamarul dan Ros untuk makan tengahari di Sg Karang..... Terima kasih kepada Kamarul sekeluarga kerana hidangan tengahari yang menyelerakan tersebut..
Setelah membeli belah kami berangkat pulang dan kami tiba di Temerloh pada pukul 6.45 petang...
Syukur kepada Allah memberikan kami pengalaman berharga; berseminar di Maahad Tahfiz tersohor ini...Kami juga berterima kasih kepada semua warga MTNP khususnya Tuan Pengarah, pentadbiran, pelajar dan khususnya ajk pelaksana kerana memberi peluang kepada kami menyampaikan ilmu yang tidak seberapa ini...
Semoga ada di kalangan adik2 bakal menjadi para pejuang perubatan Islam berasaskan pembacaan al Quran (ruqyah) suatu masa nanti...
Terima kasih semua!
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Labels:
seminar dan ceramah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment