18 July 2011
Kenangan Seminar 1 di Hosptal Kuantan
Assalamualaikum.
Alhamdulillah syukur kepada Rabbul Jalil, seminar di Hospital Besar Kuantan pada 17 Julai yang lalu berlangsung dengan jayanya.
Saya mengucapkan infiniti terima kasih kepada pihak penganjur khususnya Haji Nasir yang bertungkus lumus menjadikan seminar ini satu realiti. Beliau yang merupakan pengerusi biro agama HTAA adalah tonggak utama seminar pada kali ini. Alhamdulillah Haji Nasir yang juga merupakan perawat Darussyifa' sudah beberapa kali menyertai seminar KISWAH bagi menimba ilmu perubatan Islam.
Ucapan terima kasih juga kepada ahli keluarga KISWAH khususnya Cikgu Adib, Ir Kamarul, Syihan, Wan Amirul Syafiq, Anas Maahad Tahfiz, Suffian dan Abang Mat yang berkorban masa membantu KISWAH pada kali ini.
Seperti biasa sesi pagi diisi dengan pengisian berkenaan asas rawatan Islam dan alam jin. Manakala pada waktu petangnya peserta didedahkan dengan teknik rawatan, simulasi rawatan beramai2, bacaan hizib bahar dan selawat2 pilihan serta pengijazahan...
Alhamdulillah syukur sekali lagi kepada Allah, dan saya berdoa agar Allah memberikan kami peluang seterusnya utk menyebarkan ilmu perubatan Islam berasaskan ruqyah syariyyah dari semasa ke semasa...
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!
Labels:
berita,
seminar dan ceramah