**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

25 July 2011

Mengenal Khatam Nubuwwah dan Dalilnya

Mengenal “Tanda Khatam Nubuwwah” di belakang Tubuh Nabi

picture00041


Gambar pada kulit/sampul Kitab Mukhtasar Al Hizbul Azam adalahn Gambar Tanda/Cap Khatamun Nubuwwah Rasulullah SAW.

Untuk keterangan sila baca Syamail Tirmidhi Bab 2 , m.s. 21-30.

khatam-nubuwwah-sambul-kitab-alhizbul-azhom-2

Tarjamahan Baris Kanan :

“tawajjahu khaitsu syi-ta”

Kamu hadap kearah manapun

Tarjamah Baris Kiri :

“fa innaka manshurin”

Maka sesungguhnya kamu akan dibantu

**Mengenal kitab Al Hizbul azam**

Penulis : Mulla Ali Qaru Rah . (Ali Bin Muhammad Sultan Al-Hawari) wafat : 1014 H/1605 M

sedangkan kitab Mukhtasar Al Hizbul Azam adalah ringakasan dari kitab tersebut.

Penulisnya : Syaikh sufi Muhammad Iqbal dari Madinah Al-Munawarah.

Riwayat tentang tanda Khatam Nubuwwah Dari Kitab as-Syamailul Muhammadiyyah: Bentuk Khatamun Nubuwwah


Dari as-Sa’ib bin Yazid r.a. dikemukakan:

“saudara ibuku membawa aku untuk menemui Nabi s.a.

w., lantas ia berkata kepada Rasulullah s.a.w.: ,’ anak saudaraku ini sakit.’

Ketika itu, Rasulullah s.a.w. menyapu kepalaku (as-Sa’ib), mendoakan keberkahan untukku dan berwudhu. Air sisa wudhu’nya lalu kuminum. Setelah itu, aku berdiri di belakangnya; aku memandang kepada khatam (tanda) yang terletak di antara kedua bahunya. Ternyata, khatam itu sebesar telur burung dara.”

(Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id dari Hatim bin Is

mail, dari Ja’d bin ‘Abdurrahman yang bersumber dari Sa’ib bin Yazid r.a.)

dari Jabir bin Samurah r.a. mengemukakan perihal Khatamun-Nabi sebagai berikut:

“Aku pernah melihat khatam (kenabian)… Ia terletak di antara kedua bahu Rasulullah s.a.w. Bentuknya seperti sepotong daging berwarna merah s

ebesar telur burung dara.”

(Riwayat Sa’id bin Ya’qub at-Thalaqani dari Ayub bin Jabir, dari Simak bin Harb yang bersumber dari Jabir bin Samurah r.a.)

Seorang wanita bernama Rumaitsah bercerita kepada

cucunya, iaitu Ashim bin ‘Umar r.a. sebagai berikut:

“Waktu aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, aku duduk berdampingan dengan beliau s.a.w., begitu dekatnya, seandainya aku mahu mengucup tanda kenabian yang terletak di antara kedua bahunya, tentu dapat kulakukan.

Adapun, sabda beliau yang ditujukan kepada Sa’ad bi

n Mu’adz di kala meninggal dunia ialah: ‘bergoncang Arasy Allah yang Maha Rahman kerananya (kerana kematian Sa’ad).’”

(Riwayat Abu Mush’ab al-Madini, dari Yusuf bin al-Majisyun, dari bapanya, dari ‘Ashim bin ‘Umar bin Qatadah yang bersumber dari neneknya, ia

itu Rumaitsah)

Ibrahim bin Muhammad pernah mendengar salah seorang putera ‘Ali bin Abi Thalib k.w. berkata:

“Apabila ‘Ali k.w. menceritakan sifat Rasulullah s.a.w., m

aka ia akan bercerita panjang lebar. Dan ia akan berkata: ‘Di antara kedua bahunya terdapat Khatam kenabian, iaitu Khatam para Nabi.’”

(Riwayat Ahmad ‘Ubadah ad-Dlabi ‘Ali bin Hujr dan lainnya, yang mereka terima dari Isa bin Yunus dari ‘Umar bin ‘Abdullah, dari ‘Ibrahim bin Muhammad yang bersumber dari salah seorang putera ‘Ali bin Abi Thalib k.w.)

Dalam suatu riwayat, Alba’ bin Ahmar al-Yasykuri mengadakan dialog dengan Abu Zaid ‘Amr bin Akhthab al-Anshari r.a. sebagai berikut:

“Abu Zaid berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku: ‘Wahai Abu Zaid mendekatlah kepadaku dan usaplah belakang tubuhku.’

Maka belakang tubuhnya kuusap, dan terasa jari jemariku menyentuh Khatam. Aku (Alba’ bin Ahmar al-Yaskuri) bertanya kepada Abu Zaid: ‘Apakah khatam itu?’

Abu Zaid menjawab: ‘Kumpulan bulu-bulu.’”

(Riwayat Muhammad bin Basyar, dari Abu ‘Ashim dari

‘Uzrah bin Tsabit, yang bersumber dari Alba’ bin Ahmar al-Yasykuri)

Abu Buraidah r.a. menceritakan tentang pengalaman Salman al-Farisi sebagai berikut:

“Salman al-farisi datang membawa baki berisi kurma kepada Rasulullah s.a.w. (sewaktu ia baru tiba di Madinah). Baki itu diletakkannya di hadapan Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Wahai Salman! Apa ini?’

Salman menjawab: ‘Ini sedekah buat anda dan sahabat anda.’

Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Angkatlah ini dari sini, kami tidak makan sedekah.’

Baki itu pun diangkat oleh Salman. Keesokan harinya, ia datang lagi dengan

membawa makanan yang serupa dan diletakkan di hadapan Rasu

lullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘ Apakah ini wahai Salman?’

Salman menjawab: ‘ Ini adalah hadiah buat tuan.’

Rasulullah s.a.w. bersabda kepada para sahabatnya: ‘

HIdangkanlah!’

Kemudian Salman memperhatikan Khatam yang terletak di belakang Rasu

lullah s.a.w. (bahagian belakang badannya sebelah atas) maka ia pun (Salman) menyatakan keimanannya kepada Beliau. Salman r.a. adalah budak seorang Yahudi

, maka oleh rasulullah s.a.w. ia dibeli dengan beberapa dirham, yakni dengan cara mengupah menanam pohon kurma. Salman bekerja di kebun itu sampai pohon-pohon kurman itu berbuah. Rasulullah s.a.w. membantunya menanam pohon-pohon itu. Di anta

ranya ada sebatang pohon yang ditanam ‘Umar r.a.

Pohon-pohon itu tumbuh dengan subur, kecuali sebata

ng pohon yang mati.

Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Kenapa pohon yang satu ini?’

Umar r.a. menjawab: ‘Wahai Rasulullah, sayalah yang menanamnya.’

Rasulullah s.a.w. pun mencabutnya, kemudian menana

minya lagi, dan tumbuhlah dengan baik.”

(Riwayat Abu ‘Ammar bin Harits al-Khuza’i, dari ‘Ali bin Husein bin Waqid, dari ‘Abdullah bin Buraidah, yang bersumber dari Abu Buraidah r.a.)

Abu Nadirah al-’Aufi pernah bertanya kepada Abi Sa’id al

-Khudri perihal khatam. Inilah ceritanya:

Aku bertanya kepada Abu Sa’id al-Khudri perihal Khatam Kenabian Rasulullah s.a.w.

Ia menjawab: ‘ Khatam itu di bahagian belakang badan Rasulullah s.a.w. merupakan daging yang menyembul.”

(Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Bisyr bin al-Wadlan, dari Abu ;Aqil ad-Dauraqi yang bersumber dari Abu Nadlrah al-’Aufi)

‘Abdullah bin Sirjis menceritakan pengalamannya tatkala bersama Rasulullah s.a.w.:

Aku datang menghadap Rasulullah s.a.w. sewaktu beliau

sedang berada di antara sahabat-sahabatnya. Aku berkeliling sedemikian rupa di belakangnya. Rupanya beliau mengerti apa yang kuinginkan, maka beliau melepaskan selendang dari belakangnya, kemudian terlihatlah olehku tempat Khatam Kenabian yang berada di antara kedua bahunya sebesar genggaman tangan, di sekitarnya terdapat tahi lalat, seakan-akan kumpulan jerawat. Sebelum aku kembali, ak

u menghadap dulu kepada Rasulullah s.a.w., kemudian kukatakan:

‘Wahai Rasulullah, semoga Allah s.w.t. melimpahkan maghfirah-Nya kepada tuan!’

Beliau pun menjawab:

‘Bagimu juga.’

Orang-orang (yang berada) ketika itu bertanya:

‘Apakah Rasulullah s.a.w. memohonkan ampunan untukmu?’

Ia menjawab:

‘Ya, dan juga untuk kalian!’

Kemudian, ia membaca ayat yang bermaksud:

“Dan mohonlah ampun kerana dosamu dan mohonlah ampun untuk orang

-orang Mu’min, lelaki dan perempuan.” (Muhammad:19)

(riwayat Ahmad bin al-Muqaddam ‘Abul Asy’ats al-’Ajali al-Bashri, dari Hammad bin Zaid dari ‘Ashim al-Ahwal, yang bersumber dari ‘Abdullah bin Sirjis)

RUJUKAN: "SALAFY TAUBAT"


Jadi sesiapa yang ingin mendapatkan khatam nubuwwah sebagai bertabarruk maka boleh dapatkan di kedai online kami selagi stok masih ada. Tak banyak yang tinggal:


DEANJUNGKISWAH ONLINE STORE: KHATAM NUBUWWAH


Atau sesiapa yang ingin memiliki ta'weez Naqshbandi untuk hiasan dinding yang bersumber dari Sh Abdlullah Faiz ad Daghestani Syam as Syarif:


DEANJUNGKISWAH ONLINE STORE: TA'WEEZ

Selamat Memiliki!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...