Wangian ROSE Ruqyah
Wangian sebaik-baik haruman. Sabda Nabi saw: "Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi (Hadis Riwayat Imam Muslim)
Khasiat kasturi berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuan Islam tertutamanya Imam Ibnul Qayyim al Jauziyyah RA dan ahli-ahli perubatan Islam, maka KASTURI didapati mempunyai 1001 khasiat, antaranya :-
* Menenangkan hati dan jiwa
* Mencerdikkan akal dan menyihatkan otak
* Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
* Menghilangkan debaran jantung
* Menghilangkan sesak nafas dan melegakan LELAH (asma)
* Menyedarkan orang pengsan
* Memperkuatkan organ luaran dan dalaman tubuh
* Menghilangkan rasa gementar
* Menghilangkan rasa sejuk tubuh
* Mengelakkan gangguan makhluk halus, histeria, sihir dan pukau.
* Mengelakkan sawan tangis dan sawan malam khususnya untuk bayi dan anak-anak kecil. Sapu di pakaian.
* Memberik kekuatan kepada ruh (khusyu' ketika berzikir dan beribadah). "Dipakai semasa berzikir,membaca al Quran dan tahajjud."
* Mencegah wabak penyakit dan virus.
*Mengamalkan sunnah Rasulullah saw
(dan ditambah beberapa amalan dan anjuran ulamak serta para solehin):-
* Rawatan Sihir: Calit di 32 rongga badan & pakaian sblm tidur, calit dilidah dimakan sebelum minum air ruqyah.
*Pagar rumah: Titiskan di dalam air pot wangian tembikar (yang dibakar dibawahnya lilin) atau dititiskan di batu garam bukit berelektrik yang dipasang dirumah.
*Atau titiskan sahaja di dalam air dan disembur di dalam rumah selama 3 - 7 hari khususnya di tempat tidur.
*Sapu di antara kemaluan depan dan kemaluan belakang dan pada anggota2 terpilih pada badan untuk merangsang hubungan kelamin yang bertenaga!
Antara teknik rawatan: Rawatan gangguan makhluk halus menggunakan minyak wangi:
Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab; “al Minhajul Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani” karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan minyak wangi:
“Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan secocok dengan naluri kejiinnan mereka.
Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’. Jin asyiq adalah jin yang berdamping dengan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada yang mendakwa telah berkahwin dengan pesakit!
Tekniknya adalah;
1. Pesakit hendaklah sentiasa memakai minyak wangi di kemaluan depan dan belakang sama ada lelaki atau perempuan.
2. Memakai minyak wangi pada semua pakaiannya terutamanya pada waktu tidur. Jangan sekali-kali tidur tanpa memakainya. Apabila hendak membasuh pakain tersebut pakaian yang baru hendaklah dipakaikan minyak wangi dan pakailah pada waktu tidur.
3. Pesakit hendaklah memakai minyak wangi di ‘32’ point di tubuh badannya setiap malam. Point tersebut adalah:
20: Di semua hujung jari tangan dan kakinya. Antara kuku dan kulit.
2: Dua lubang hidung.
2: Dua lubang telinga.
2: Dua kening berdekatan mata.
1: Sekeliling mulut.
2: Dua puting payu dara.
2: Dua kemaluan depan dan belakang. (kubul dan dubur)
1: Lubang pusat.”
Jika anda perhatikan semua point tersebut adalah rongga-rongga yang terdapat di tubuh badan kita. Inilah tempat masuk dan keluar makhluk jin ke dalam tubuh manusia.
Sekiranya jin ingin mendekati maka ia akan menjauhkan diri kerana bau wangi. Sekiranya ia telah ada di dalam tubuh badan, insya Allah ia akan keluar kerana tidak tahan dengan aura aroma bau wangi tersebut….
KASTURI DAN ROSE:
Adapun minyak wangi terbaik untuk tujuan ini adalah Kasturi dan Rose. Lebih-lebih lagi kalau diruqyah / dijampi.
Bau Rose pula menjadi kegemaran mursyid saya. Malah beliau menyelitkannya di serban. Ahli sufi menggunakan bau rose untuk meningkatkan kekhusyukkan ketika beribadat, berzikir dan bersuluk.
Rose mempunyai frekuensi yang tinggi bagi menghambat jin. Sebahagian tok guru menanam rose untuk tujuan ini di samping hiasan. Kajian sains telah membuktikan kuasa wangian terutama rose mempunyai pelbagai kesan kesihatan yang menakjubkan! Namun penggunaan minyak wangi lain juga dibolehkan dan mempunyai kelebihannya yang tersendiri khususnya kasturi yang banyak disebut di dalam hadis.
Menurut Imam Syafie RA bahawa perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum. (aromatherapy seperti kasturi dan rose)
Kesimpulannya; cara penggunaan:
1) Untuk sihir: Sapu di 32 anggota, pakaian dan tempat tidur seperti di atas sebelum tidur.
*Boleh dimakan; sapu dilidah sebelum minum air jampi untuk wangian 'dari dalam'.
2) Pagar rumah: Titiskan di dalam air pot wangian tembikar (yang dibakar dibawahnya lilin) atau dititiskan di batu garam bukit berelektrik yang dipasang dirumah.
*Atau titiskan sahaja di dalam air dan disembur di dalam rumah selama 3 - 7 hari khususnya di tempat tidur.
3) Untuk Hubungan Intim: Sapu di antara kemaluan depan dan kemaluan belakang
* dan pada anggota2 terpilih pada badan untuk merangsang hubungan kelamin yang bertenaga!
Dapatkan YANG ASLI di KISWAH
Menurut Imam Syafie RA bahawa perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum. (aromatherapy seperti kasturi dan rose)
Dapatkan Yang Asli di: 017 9065131 Ustaz Hayat al Azhari
Pusat Rawatan Islam KISWAH Ruqyah No 16 Tingkat 2 Jln Ahmad Shah Temerloh. (Atas SSM sebelah Public Bank)
ROSE RUQYAH