15. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya Dengan menanggung susah payah. sedang tempoh mengandungnya beserta Dengan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa tiga puluh bulan. setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa Yang sempurna kekuatanNya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu Yang Engkau kurniakan kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya Aku tetap mengerjakan amal soleh Yang Engkau redai; dan Jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke Dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaMu, dan Sesungguhnya Aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)". – Al Ahqaf 15
Berkata pensyarah al Azhar saya dahulu; 30 bulan = tempoh mengandung dan menyusu bermaksud: 2 tahun 6 bulan…
6 bulan; tempoh minumun mengandung
24 bulan = 2 tahun: tempoh menyusu bayi…. Bersamaan 30 bulan!
14. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa dua tahun; (dengan Yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). Luqman 14
233. Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap Iaitu bagi orang Yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara Yang sepatutnya. tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan Yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu Dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) Yang kamu mahu beri itu Dengan cara Yang patut. dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua Yang kamu lakukan. Al Baqarah 233
Walau apapun fakta sains dan kajian yang dibuat; maka tidak boleh mengatasi jadual menysusu mengikut AL QURAN iaitu merupakan KALAMULLAH.
Ini adalah perbincangan saya di dalam facebook:
Posting saya:
Hayat Kiswah:
"Janganlah menyusukan anak lebih dari dua tahun. Di dalam al Quran al Baqarah 233, Luqman 14 dan al Ahqaf 15, menyatakan tempoh susuan adalah dua tahun. Org tua dulu kata anak susu lebih dua tahun 'tak bijak'. Kalau baby boy menyusu lebih dua tahun, nanti lain jadinya krn naluri lelakinya."
Abdul Aziz Noor
Surah Al-Ahqaf menceraikannya dri susuan selama 30 bulan iaitu 2 tahun 6 bln
Hayat Kiswah:
Tafsirannya begini: di dalam al Ahqaf ayat 15 dinyatakan bahawa tempoh mengandung dan menyusu adlaah 30 bulan bersamaan - dua tahun enam bulan; kata pensyarah al Azhar saya dulu...:
Hayat Kiswah
30 bulan yang dinyatakan adalah "tempoh mengandung dan menyusu" sila baca terjemahan dengan baik:
Hayat Kiswah
tempoh mengandung adalah 6 bulan: tempoh mengandung minimun adalah 6 bulan . tolak dengan 30 bulan maka tinggal 24 bulan bersamaan dua tahun.. mengandung 6 bulan menyusu 24 bulan bersamaan ; 30 bulan....
Hayat Kiswah
nantikan penjelasan saya di dalam posting blog saya...
Muhammad Zubair
ape yang lain jadinya ustaz
لباي فنصوري
lain takut mungkin dah ada rangsangan syahwat sebagai lelaki kot...
Jamadil Akhir
btulke dakwaan 'tak bijak' 2...?
Mulia Karimah
(x bijak) tu dkwaan kata org tua2,mgkn ada betulnye,mrk lebh brpengalamn.seelok2nye ikutlh y tlh ditetpkn didlm al-qurn.ada ibu2 y xmahu lgsung mmberikn susu ibu,tetapi ada jg y brlebh2hn,smp 3,4tahun,itu akn memudhartkn pula.tntu ada sbb apbl hukum Allh telh dtetpkn begitu:)
لباي فنصوري
ikut ja perintah...yg jadi masalah dok cari2 hikmah..buat ini nak itu, buat nak ini..so buat je...
Jamadil Akhir
ok,syukran
Mulia Karimah
ada yang menyusu anak lelaki sampai 3 -4 -5 tahun sedangkan waktu itu mereka sudah mula ada naluri seksualiti.. ini bukan cara yang baik mendidik anak2
Mulia Karimah
tegahan dan suruhan di dalam al Quran mesti ada hikmahnya.. Wahyu Ilahi mengatasi segala pendapat dan kajian Barat..
Jamadil Akhir
klw ank pmpuan...
Mulia Karimah
ibu harus ada as sitr iaitu inisiatif menutup bahagian2 anggota tertentu daripada penglihatan anak apabila anak sudah meningkat dewasa...
Mulia Karimah
penyusuan yang terlampau lama malah di barat yang berumur 8 tahun pun ada yang masih menyusu! meninggalkan kesan psikologi dan emosi kebergantungan yg negatif pada anak2....
Hayat Kiswah
ayat tersebut adalah umum untuk anak lelaki dan perempuan...
Hayat Kiswah
Tegahan Tuhan itu adalah 1001 hikmah di luar jangkaan persepsi manusia... sami'naaa wa ata'naaaa... kami dengar dan kami TAAT!
Mulia Karimah
cuba kita renung sejenak kenapa,najis muhaffah,air kencing,budk lelaki 0-2tahun shj,y menyusu susu ibunye shj.kita pun xtau knp.xde jwpn,tp hukum Allh,kita taati,kerana Allh lebh mengetahui.begitu jg dengan tempoh penysuan susu ibu;)
Jadi cubalah berhentikan anak anda menyusu paling lambat adalah ketika umurnya 2 tahun!
Kuncinya hanya satu: “Jangan kesian” usahakan juga… Sehari dua tak menyusu badanlah budak tu.
Tekniknya: Ada yang letak garam atau asam jawa di puting susu dsb….
Selamat mencuba!