**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

12 July 2011

Sekitar Pemasangan Sliding dan Aircond PR KISWAH




Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, demi keselesaan pesakit dan perawat dengan izin Allah Taala rahmat kurniaannya serta doa2 guru yang tercinta dan anda semua yang prihatin, walaupun dengan kos yang tinggi; KISWAH Temerloh kini sudah beraircond dan dipasang sliding door untuk memberikan lebih privacy ketika merawat.

Walaupun berpendapatan terhad dan terpaksa menanggung kos penyelenggaraan pusat rawatan yang tinggi. alhamdulillah impian memasang aircond dan sliding ini berjaya dilaksanakan setelah berdikit2 menyimpan duit. Maklumlah PR berkembang dengan simpanan peribadi dan bukan dari mana2 pinjaman.

Saya memohon doa semua agar KISWAH lebih maju dan tabah dalam perjuangan merawat dan menyelamatkan masyarakat dari kesyirikan perbomohan dsb..berbekalkan niat yang dimurnikan senantiasa oleh Allah Taala ikhlas berjuang di jalannya

Dalam masa yang sama....

Saya juga berasa amat kasihan kepada pesakit strok, orang2 tua dan pesakit yang tidak larat berjalan terpaksa diangkat dan memanjat pusat rawatan yang tinggi (tingkat 3).

Kini saya dalam usaha untuk membina pusat rawatan sendiri di kampung khusus untuk pesakit2 kritikal dan orang2 tua serta dalam masa yang sama membina sufi centre (surau) di situ. Untuk tujuan tersebut sumbangan anda amat2lah dialu2kan; sebarang infaq, tabarru', kafarah, zakat, derma, nazar anda bolehlah disalurkan ke:

AKAUN BANK ISLAM:

06028020377680

" Sedekah adalah kaedah penyembuhan yang luar biasa"

Selamat menderma dan terima kasih.

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...