**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

26 February 2012

Kenangan Seminar KISWAH Modul 1 di Temerloh 25 Feb 2012


Seronoknya seminar di tempat sendiri lain dari yang lain...


Assalamualaikum semua,.

Alhamdulillah seminar KISWAH Modul satu kali kedua di Pusat Rawatan KISWAH Temerloh berlangsung dengan jayanya dengan izin Allah Rabbul Jalil jua...

Peserta yang hadir juga menepati sasaran saya. Alhamdulillah. Ada yang datang dari seluruh pelusuk negeri malah ada yang yang datang dari Segamat, Nilai, Lembah Klang dll.

Di kesempatan ini saya mengucapkan infiniti kesyukuran ke hadrat Allah Jalla wa Alaa kerana berkat inayah, iradah, qudrahNya akhirnya projek seminar kami menjadi kenyataan.

JazakALLAH khairal Jaza' kepada semua peserta yang hadir ke seminar kerdil kami pada kali ini. Keberadaan kalian dalam majlis ilmu ini menambahkan lagi keceriaan dan barakah dalam keluarga kecil KISWAH.

"Sesungguhnya tetamu itu mengundang rahmat dan memurahkan rezeki.."

Seperti biasa simulasi rawatan ruqyah pada waktu petang adalah sunnah seminar kami.. Di samping berseminar, belajar merawat dan dijuga 'dirawat'...
Love and salams juga kepada semua ahli kelurga yang hadir pada seminar kali ini yang tidak lokek menghulurkan bantuan dan sokongan kepada KISWAH. Antara yang hadir adalah Cikgu Adib, Abang Wan Hospital dan Ustaz Zulhaidi Bentong. Untuk pengetahuan yang betul2 menggerakkan seminar pada kali ini adalah saya dan pembantu; Saudara Lukman sahaja...Bayangkanlah. Agak keletihan.. Kekadang Abang Wan Hospital ada turun membantu mempromosikan seminar di masjid2 dan rapat2 umum.

Untuk pengetahuan semua, boleh jadi ini adalah seminar 1 yang terakhir pada tahun ini. Saya terpaksa menolak banyak jemputan seminar di seantero Malaysia pada tahun ini kecuali se dua seminar untuk memberi laluan dan tumpuan kepada seminar yang hanya dilangsung di pusat rawatan sahaja untuk sepanjang tahun ini.

..Kemungkinan besar juga saya akan membekukan semua seminar KISWAH pada tahun hadapan dan akan merombak semua silibus dan 'cawangan' KISWAH yang telah sedia ada kini.

Terima kasih kepada peserta yang hadir.. Terharu ada yang datang dari jauh... Jumpa lagi bulan depan 31 Mac
Perancangan saya adalah untuk menumpukan kelas tafaqquh rawatan Islam di Pusat Rawatan KISWAH Temerloh sahaja untuk tahun hadapan sehinggalah anak2 murid saya pulang atau tamat pengajian di universiti-universiti tempatan dan luar negara. Saya akan menyerahkan kepada mereka segala gerak kerja melibatkan aktiviti2 ilmu dan program pembangunan dan pendidikan insan di dalam sebuah syarikat training centre yang khas.. Apapun itu masih dalam peringkat cadangan.. Doakan ye...

Taklah pandai, tapi dah tiada sangat orang bersolawat, yang jahil ni la buat2 pandai... Seminar KISWAH wajib ada selawat, maulid dan qasidah. Alhamdulillah...
Akhir kalam, harapan saya kepada semua peserta seminar KISWAH agar dapat istiqamah dengan majlis ilmu KISWAH pada masa-masa akan datang walaupun bilangan kita tidaklah besar. KISWAH yang kerdil dan akan terus kerdil senantiasa mengharapkan doa dan sokongan dari anda semua di luar sana, sama ada yang bergelar ahli KISWAH ataupun tidak..

Tidaklah menjadi satu kerisauan kepada saya jika dikatakan KISWAH ini hanyalah pusat rawatan yang kerdil dan terpencil sahaja.. Susah nak berkembang, kurang pengikut, kurang peserta seminarnya dsb. Tidak satu pun menggundah gulanakan hati saya selagi mana; guru kami merestui, meredhai dan sentiasa memberikan dustur dan doanya yang tidak putus2 kepada usaha dakwah kami... Mudah-mudahan... :)

Terima kasih semua,....

Jumpa lagi di seminar 3 KISWAH: Santau Saka Susuk dan Selusuh pada 31 Mac 2012 nanti..

Allahumma ij'alna minal qalil... Keluarga seminar 1 di KISWAH... Ukhuwwah fiLLAH lestari ke syurga....
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...