**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

12 March 2012

Cepat-cepat Hubungi Ambulans Kalau Pesakit Kronik di Pusat Rawatan

Cepat2 hubungi ambulans jika pesakit yang datang ke pusat rawatan kita dalam keadaan kritikal atau separa kritikal... Ini sebenarnya menunjukkan hubungan dan kerjasama yang baik dan istimewa antara pengamal perubatan Islam dan perubatan moden... Saling bantu membantu.. Insya Allah..


Assalamualaikum semua..

Peringatan kepada diri saya dan semua ahli keluarga KISWAH...

Rasanya sudah beberapa kali ambulans mengunjungi ke pusat rawatan KISWAH.

Terakhir adalah ambulans JPA pada bulan lepas...

Kaedah saya begini.. Sekiranya keluarga pesakit membawa pesakit yang:


1) Kronik sakitnya sehingga tidak boleh bernafas atau berdiri.

2) Tidak pernah atau sudah lama tidak mendapatkan rawatan atau medical check up

3) Berkeras tidak mahu rawatan secara moden dan hanya bergantung kepada rawatan kampung atau alternatif... Sedangkan keadaannya adalah kritikal atau separa kritikal...



Sebaik sahaja sampai ke pusat rawatan, dan kita 'detect' masalah2 ini. Maka dengan segera saya menyarankan agar dihantar ke hospital secepat mungkin. 

Kemudian, saya sendiri menghubungi pihak hospital untuk mengambil pesakit saya untuk dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan secara profesional..

Jika kita teruskan rawatan secara ruqyah sehingga ke akhirnya, dikhuatiri pesakit mempunyai penyakit dalaman secara fizikal yang tidak kita ketahui yang memerlukan rawatan yang bersesuaian dengan kadar segera...

Biasanya yang terjadi di pusat rawatan KISWAH adalah pesakit yang terkena serangan jantung etc yang mana pesakit tidak menyedarinya....

Jikalau hendak diruqyah pun, boleh juga tetapi diringkaskan kerana: 

a) Memenuhi hajat pesakit yang datang dari jauh.. 

b) Perlu dihantar segera ke wad kecemasan.. takut nanti apa2 yang berlaku di pusat rawatan kita akhirnya keluarga akan mempersalahkan kita.. nauzubillah.... Contohnya: Pesakit menghembuskan nafasnya yang terakhir di pusat rawatan.. JANGAN TANGGUNG INI RISIKO!!! Sekarang ni musim fitnah memfitnah....

Harap ambil perhatian ye... 

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...