**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

11 March 2012

"Saya tak Islam, Nak Baca Apa Ustaz," tanya Seorang Asli



Assalamualaikum semua...

Sedikit coretan berkenaan rawatan semalam...

Satu keluarga orang Asli datang berkunjung ke pusat rawatan. Tujuannya adalah membawa seorang ahli keluarga mereka untuk  menerima rawatan ruqyah.

Jikalau ada non muslim yang datang ke pusat rawatan, hati saya menjadi ibarat bunga2 rose dalam taman dan semangat merawat menjadi dua kali ganda...

Ini mengenangkan betapa orang yang bukan Islam juga ada 'keyakinan' sedikit sebanyak kepada rawatan dengan membaca KALAM ALLAH.

Yang kedua, besarlah harapan saya menerusi rawatan membaca al Quran ini ada di kalangan mereka mendapat hidayah Allah...  Bukankah membaca ruqyah kepada bukan Islam adalah diharuskan. 

Realitinya, ramai yang masuk Islam setelah menerima rawatan secara ruqyah ini. Alhamdulillah.

Sebelum2 ni pun ada juga non muslim yang berkunjung ke Pusat Rawatan.. Alhamdulillah...

Ibunya di bawa ke sini kerana selalau histeria dan tidak sedarkan diri..

MAKA SESI RUQYAH SELAMA SEJAM PUN BERLANGSUNG...

Selepas rawatan saya peruntukkan setengah jam lagi untuk taklimat dan khidmat nasihat kepada semua pesakit...
 


Selepas itu datanglah pesakit tersebut bertanya kepada saya:

OA: Ustaz saya tidak Islam, habis tu nak baca apa sebagai pendinding dan kalau saya terkena gangguan...

Anak Orang Aslli: (menyelit) Pasang CD Ruqyah ye ustaz???

UH: Ye, pasang CD Ruqyah pun boleh...  Ataupun kak sebut saja Allah.. Allah....

OA: Mengangguk...

UH: Kami kalau orang Islam, nak hati jadi tenang mesti ingat Allah.. Sebutlah Allah Allah banyak2 atau kata saja.. Ya Allah tolong saya.......

OA: Ohh ye, kalau macam tu boleh...... Terima kasih ustaz... (beredar)

UH: Sama2 .. Mudah2an sembuh...

Jadi itulah dakwah saya kepada mereka... Kalau nak surup ucap syahadah secara drastik saya rasa ..sabar dulu... 

Harapnya, mungkin selepas menyebut Allah dan mendengar CD al Quran hatinya menjadi tenang dan kupohon semoga mendapat HIDAYAH ALLAH...

DOAKAN...

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!

4 comments:

  1. rawatan Islam adalah salah satu kaedah dakwah, teruskan usaha..

    ReplyDelete
  2. According to hoja lokman .....the shahdat....if a human no nothing is the best....just sharing the humble knowledge ....forgive my manners....adab

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...