**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

18 March 2012

Kenangan Maulid Di Rumah Sheikh Nasaie Ulu Jempol 17 Mac


Bermaulid kali pertama dengan Group Salikin..
  Assalamualaikum semua...

Alhamdulilalh dengan izin Allah Taala program Maulidurrasul saw bersama KISWAH dan Saalicc Daibaie Devotion Group di rumah al Fadhil Sheikh Nasaie Ulu Jempol berlangsung dengan meriahnya..

Kami dijemput oleh al fadhil Ustaz Nasaie untuk mengadakan sambutan maulidurrasul di rumah mereka sebagai menyahut seruan meraikan CINTA kepada Allah dan Rasulullah saw yang mana telah diberitahu kepada saya sejak forum maulid di Ulu Jempol tempoh hari..

Bersama tuan guru Jengka 6 yang melahirkan hasratnya untuk mengadakan maulid di Felda Jengka 6

Saya bertolak selepas seisi ruqyah pada sebelah petang di pusat rawatan Temerloh... Sementara Usrah Saalic yang terdiri daripada pelajar dan lepasan pelajar Darul Quran Kuala Kubu, USIM, UM, UMP etc sampai selepas waktu Isyak di Ulu Jempol. Pada sebelah siangnya mereka memenuhi jemputan selawat di Rembau .. Masya Allah.. Bayangkanlah pengorbanan mereka dan keletihan yang mereka alami.. Namun sanggup ditanggung ATAS NAMA CINTA....

Sebaik solat Isyak dan majlis bermula... Hujan rahmat pun turun di bumi Ulu Jempol.. yang sebenarnya, dahagakan rahmat CINTA KASIH melalui sambutan meraikan CINTA kepada Rasulullah saw...

Majlis dimulai dengan bacaan Solat Maghrib, Bacaan Yaasin dan Tahlil, Solat Isyak, doa selamat dan sambutan maulidurrasul...

Anak2 muda penerus perjuangan anbiya' dan awliya'
Di kesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan rumah Ustaz Nasaie sekeluarga yang ternyata telah berkorban segala kepunyaan berabis atas nama sambutan maulidurrasul..Siap dengan jamuan yang hebat dan ole2 kepada semua tetamu Masya Allah.. Insya Allah ada ganjarannya di sisi Allah, seumpama kata2 Saiduna Abu Bakr as Siddiq RA mengatakan bahawa:

" Sesiapa yang menyumbangkan satu dinar emas atas nama menyambut maulidurrasul saw, maka seolah2 ia telah menginfaqkan sejabal UHUD EMAS fi sabilillah..."

Insya Allah lain masa kitakan berjumpa lagi di majlis yang sama..
Sh Sufian sedang berhadrah

Dalam majlis ini juga dihadiri oleh al Fadhil Ustaz Jengka 6 seorang yang alim dalam bidang al Quran.. Beliau menyatakan secara peribadi untuk mengadakan majlis sebegini di Felda Jengka 6.. Insya Allah kita berjumpa nanti...

Setelah tamat majlis hujan pun berhenti dan bumi bergerimis... Kami bertolak pulang ke Pusat Rawatan KISWAH Temerloh dan sampai lebih kurang pukul 1 lebih pagi...


Ukhuwwah FilLLAH Lestari Selamanya.. JazakALLAH khairal Jaza' Sheikh Nasaie sekeluarga...
Allahu Haq ! Hidayah Seluruh Alam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...