**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

24 March 2012

Ceramah dan Maulid KISWAH di Majlis Perbandaran Temerloh 20 Mac 2012

Saalic Daibaie Devotion Grop Bersolawat
Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Solawat dan salam kepada baginda nabi sollallahu alaihi wa sallam

Pada 20 Mac 2012 yang lalu Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah telah menerima jemputan untuk mengadakan ceramah yang bertempat di bilik mesyuarat MPT di Plaza Temerloh.

Majlis ilmu yang diibaratkan umpama taman syurga di sisi Allah
Majlis dimulakan dengan bacaan qasidah oleh kumpulan maulid Saalica Darul Quran yang dianggotai Badrul Saalica, Rasyidi Haqqani dan Naiem Saalica. Tidak ketinggalan yang hadir adalah pembantu setia saya Saudara Luqmanul Hakim Zulkefli...

Tidaklah pandai mana.. Sekadar berkongsi ilmu yang sekelumit pinjaman Allah...
Tajuk yang disampaikan pada kali ini adalah sekitar permasalah sihir dan tanda-tanda gangguan makhluk halus..

Khusyuk mendengar
Alhamdulillah, hadir bersama dalam majlis ilmu ini adalah Pegawai Daerah Temerloh yang sempat bermesra dengan kami semasa seisi makan pagi..

Para VIP yang hadir
Beliau melahirkan rasa senangnya dengan program sebegini dan berharap akan menjemput kami lagi dalam program yang lebih panjang. Orangnya begitu peramah dan kebetulan merupakan alumni Kolej Islam Kelang seperti al faqir yang hina dina ini.

Semoga kakitangan kerajaan dan petugas-petugas sentiasa melazimi majlis2 ilmu sebegini.

Terima kasih kepada semua yang membantu menjayakan majlis ilmu pada kali ini.Terima kasih kepada group saalica yang berqasidah dan tidak lupa kepada En Asri MPT yang menjemput KISWAH pada kali ini.

Semoga dibekalkan dengan keikhlasan yang mudah2an senantiasa dimiliki


 Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...