**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

25 May 2012

Jangan Lupa Seminar KISWAH Modul 4 Esok di KISWAH Temerloh



Asslamualaikum kepada semua peserta seminar KISWAH modul 4 yang pertama diadakan di Malaysia..

Ahlan bikum wa sahlan bikum..

Selamat Datang..

Welcome..

Kepada semua peserta yang sudah mendaftar melalui sms dan yang belum mendaftar ke teratak kami yang tidak seberapanya di Temerloh ini.

Segala kekurangan, kami dahulukan dengan ampun maaf tidak terhingga ikhlas dari lubuk hati kami yang paling dalam..

Ahlan wa sahlan ..

Kepada semua ahli keluarga KISWAH dari Jemaah Usrah Ruqyah Syariyyah dari seluruh negara yang bakal hadir pada besok hari..

Alangkah terharunya hati ini mengenangkan pengorbanan anda yang datang dari jauh semata-mata untuk menuntut ilmu yang sekelumit dari madrasah KISWAH yang terpencil dan tidak diketahui ramai ini...

Ahlan wa sahlan kepada semua..

Inilah medan kita kembali menautkan mahabbah dan mawaddah sesama kita para pejuang perubatan Islam berasaskan ruqyah syariyyah di seluruh negara...

Bersamalah kita bersatu hati dan roh memperjuangkan khazanah Rasul saw yang tercinta..

Ribatkan ukhuwwah lestarikan ia sehingga ke syurga...

Ceria damaikan jalan perjuangan kalian menentang kesyirikan, takhayyul dan penipuan dengan belaian zikrullah dan qasidah di dalam dakapan kasih sayang Rabbul Jalil dan Rasul Bongsu saw...

Ahlan wa sahlan kepada semua...

Semoga Allah menganugerahkan rimbunan ukhuwwah kita dengan embunan keikhlasan dan memadamkan hati kita dari bara hasad dengki serta berburuk sangka...

Ahlan wa sahlan kepada semua..

Sesungguhnya Allah senantiasa Maha mengintai hati kita. 

Intai dan intiplah hatimu demi berwaspada dari dicerobohi bongkak takabbur yang hanya memakan pahalamu yang sedikit lagi muflis itu..

Justeru;  istikhlas dan ikhlaskan dirimu walaupun agak sulit sehingga diumpamakan ikhlas itu ibarat seekor semut hitam, di atas batu yang hitam, di dalam gua yang gelap di malam yang likat dengan kepekatannya.. 

Namun berusahalah....

AHLAN WA SAHLAN KE SEMINAR 4 KISWAH;

"PULIH RUMAH, RAWATAN STROK DAN KANSER'

5 RAJAB 1433 BERSAMAAN 26 MEI 2012

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...