**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

02 May 2012

Kenangan Seminar 1/2 Hari di Masjid Daerah Raub





Assalamaulaikum semua.

Syukur Ya Rabbi, seminar KISWAH anjuran Masjid Daerah Tengku Abu Bakar Raub dan Jabatan Agama Islam Pahang berlangsung dengan jayanya..

Syukran lakum ditujukan kepada Imam Besar 1 Masjid Raub, Al Fadhil Ustaz Khairul Al Hafiz, ajk masjid dan staff JAIP yang bertungkus lumus menjayakan seminar modul satu pada kali ini..

Kami bertolak pada pukul 4.30 pg dari KISWAH Temerloh dan berhenti solat Subuh di Felda Mempaga. Kami meneruskan perjalanan dan sampai di Raub pada pukul 7.30 pagi.


Antara ahli keluarga KISWAH yang turut serta pada kali ini adalah Us Zul Bentong, Luqman K Krau, Us Sofwan Darussyifa' Raub, dan ahli kumpulan maulid Salikin Maulid Ensemble atau Saalica yang dibawakan khas untuk warga Raub... Antara yang hadir adalah  Us Badrul Saalica, Us Munzir al Faqir dan Us Hakim Unisza... JazakALLAH kheir kepada mereka kerana sanggup berkorban masa demi menyebarkan CINTA kepada Rasulullah saw.. Cinta kepada baginda saw bererti cinta kepada Allah..

Seminar diselang selikan dengan solawat dan ditutup dengan sesi ruqyah air dan makanan sunnah yang lain ekoran dari permintaan peserta seminar..

Kami pulang dan solat Zuhur di Masjid lama Raub. Kemudian terus ke rumah Us Zul di Bentong untuk istirehat sebentar dan kemudiannya selepas Asar ke kolam air panas Bentong dalam keadaan hujan untuk melepaskan lelah yang ada


Terima kasih kepada semua peserta...

Syukur Ya Rabbi, Alhamdulillah majlis berlangsung dengan jayanya..

Kami akan ke Raub kembali pada hari esok bagi menjayakan tazkirah Dhuha yang dianjurkan oleh Pusat Serenti Daerah Raub...

Jumpa di sana


Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...