**Didoakan Semua Pesakit Yang Telah Menerima Rawatan di KISWAH DISEMBUHKAN ALLAH TAALA. AMIN**

Tetamu pilihan!!!

Semua artikel di dalam blog ini saya izin untuk publish dan sebarkan dengan syarat disertakan rujukan anda iaitu: KISWAH; www.rawatanislam2u.com. Saya juga mengizinkan anda untuk mengamalkan segala kaedah rawatan yang ditulis di dalam blog ini. Namun lebih baik berjumpa saya untuk menerima ijazah... Sekian dimaklumkan. Selamat beramal!!!

19 May 2012

Majlis Mahabbah Rasululah saw di Pondok Pak Kob Chenor


Abang Wan, Cikgu Adib dan Us Shami

 Assalamualaikum semua...

Pada hari Sabtu 19 hb Mei saya dan KISWAH telah dijemput oleh Us Barakatullah, Pondok Pak Kob Kg Pantai Chenor Pahang untuk menghadiri Majlis Mahabbah Rasulullah saw dan kenduri perkahwinan beliau..


Masya Allah Tabarakallah, hamba yang hina dina ini diberi peluang oleh Allah Taala untuk menghadiri majlis yang dihadiri para tok guru dan alim ulamak yang disegani ummah. Terasa kerdil, jahil dan lemah benar hambaMu ini Ya Allah..

Tuan Guru Tokku Hj. Ibrahim Muhamad Alsyathariy Pulau Manis (kiri) dan al Fadhil Tuan Guru Ustaz Syed Suhaimi b Syed Hasan Abdul Hadi

Antara tetamu yang hadir pada majlis ini adalah Mudir Madrasah Bukit Jong Terengganu, al Fadhil Tuan Guru Ustaz Syed Suhaimi b Syed Hasan Abdul Hadi yang memberikan tausiyyah yang cukup bertenaga pada hari tersebut dan Tuan Guru Tokku Hj. Ibrahim Muhamad Alsyathariy Pulau Manis berserta rombongan masing2.

Nur, nur, nur.. Anwar...
Saya difahamankan terdapat dua buah bas yang membawa jemaah dari Terengganu. Masya Allah suasana pagi yang dimulai bacaan qasaid dari kumpulan selawat Pondok Bukit Jong dan disusuli tausiyyah dari Tuan Guru Syed Suhaimi dan doa yang menggetarkan jiwa dari Tokku Ibrahim membuatkan majlis pada kali ini cukup meriah dan barakah...

Mahallul Qiyam

Masya Allah kami jemaah kecil dari KISWAH berasa sangat takjub dan beruntung diberi peluang menghadiri majlis sebegini yang turut dihadiri para alim ulamak, tok-tok guru sekitar negeri Pahang berserta anak2 murid masing2... Sementara dari KISWAH yang turut serta pada kali ini adalah Cikgu Adib al Qadahi, Sheikh Wan Chenor dan Ustaz Shami Husin Alif Laam... JazakALLAH khairal jaza' kerana sudi menjemput kami.

Taman Syurgawi, maka bumi Chenor dihujani keberkahan dari Allah hendaknya..
Semoga Allah memberkati lagi bumi Pahang dengan majlis-majlis Rasulullah saw sebegini... Pada waktu-waktu begini, tiba-tiba terkenangkan wajah guru yang mulia serta al Marhum Tuanku Sheikh dan belaian tarbiyyahnya yang lembut dan bijaksana.. Terharu terkenangkan baginda.. Al Fatihah...

..dan besarlah harapan hambaMu yang muflis ini Ya Rabb agar diberi peluang olehMu untuk diadakan majlis-majlis sebegini di bumi Temerloh @ Kuala Semantan sebagai satu khidmat kepada baginda Nabi Muhammad saw satu hari nanti...atau terbinanya sebuah teratak zawiyah kayu yang diwasiatkan oleh al Marhum Tuanku Sheikh.. Doakan Insya Allah.. Amin Ya Rabb.....


Berjumpa lagi di waktu akan datang. Insya Allah..

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...